Uncategorized

Sukarelawan UPSI Muhammad Nur Naim terima Anugerah Khas Kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby

Tanjong Malim, 21 Jun 2022: Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang aktif menyumbang tenaga dalam pelbagai program kesukarelawanan sepanjang pengajiannya, Muhammad Nur Naim Abdul Rehman diberi penghargaan untuk Anugerah Khas Kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby sempena majlis Istiadat Konvokesyen UPSI Ke-23 yang sedang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah.

Dr Norkhalid sedang memakaikan selempang sambil disaksikan oleh Pengarah Pusat Alumni, Dr Hartini Azmi.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin berkata Muhammad Nur Naim diraikan oleh Pusat Alumni (PA) dan Fakulti Pembangunan Manusia UPSI sejurus selesai majlis istiadat bagi sesi ketiga.

Katanya, majlis meraikan Muhammad Nur Naim diadakan bertujuan menghargai dan meraikan kejayaan graduan yang bergiat aktif dalam bidang kesukarelawanan, kepimpinan dan mempunyai sahsiah yang cemerlang.

Majlis penyerahan pemegang anugerah Khas Kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby itu disampaikan Prof. Madya Dr. Norkhalid sambil disaksikan Pengarah Pusat Alumni, Dr Siti Hartini Azmi; Dekan Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), Prof. Madya Dr Abdul Talib Mohamed Hashim; Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) FPM , Dr Md Noor Saper.

Norkhalid berharap Muhammad Nur Naim meneruskan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah dengan meneroka pelbagai peluang yang terbentang luas seperti memohon bantuan bagi melanjutkan pelajaran jika tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Norkhalid (dua dari kiri) bersama Muhammad Nur Naim dan bapanya, Abdul Rehman Haleed ( tiga dari kiri) bergambar bersama Dr Hartini (kiri), Abdul Talib (dua dari kanan) dan Md Noor (kanan).

“Saya sendiri ketika usia remaja tidak pernah jemu untuk meneruskan belajar sehingga ke peringkat ini,” katanya berkongsi pengalaman.

Katanya, Muhammad Nur Naim perlu terus melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi dan menjadikan Anugerah Khas Kepimpinan Alumni Dr. Ahmad Sani Araby sebagai dorongan dan semangat untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Malah, katanya, Pusat Alumni UPSI mendapat kerjasama baik daripada Bank Islam, Proton dan MySutera yang menyokong program pusat berkenaan.

Muhammad Nur Naim Abdul menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 1000 berserta sejambak bunga.

Nur Naim bersama bapanya Abdul Rehman Haleed, ibu, Salawati Yunos serta adiknya , Nurul Najlaa selepas menerima anugerah.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dan mantan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sidang 2019/2020 itu kini sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana di UPSI.

“Alhamdulillah, saya mendapat sokongan penuh daripada Timbalan Naib Canselor (HEPA) dan Dekan Fakulti Pembangunan Manusia yang turut hadir untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Doktor Falsafah apabila bergraduat kelak dalam pengajian Sarjana beliau dan kembali berbakti di Ibu Kandung Suluh Budiman suatu hari nanti.

“Semoga Anugerah Khas Kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby ini, memberikan inspirasi kepada bakal graduan sekaligus menjadi titi kejayaan yang lebih gemilang kepada pemegang anugerah serta melahirkan ramai sukarelawan UPSI yang hebat seperti Dr Ahmad Sani,” katanya.

Dr Ahmad Sani adalah alumni UPSI yang aktif dalam misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria dan Palestin.

(Visited 785 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button