Luar Negara

Pasangan Turki-Jerman cipta vaksin Covid-19

Ahli sains Ugur Sahin dan Ozlem Tureci menghamba hidup di dalam bidang onkologi dan penularan penyakit, merupakan pasangan harapan dunia apabila berjaya mencipta vaksi bagi mencegah Covid-19 yang tular di seluruh dunia.

Sahin, 55, and Tureci, 53, menubuhan BioNTech di Mainz, Jerman pada 2008.

Pasangan itu bekerjasama dengan syarikat farmasi terbesar Amerika Syarikat, Pfizer, mengumumkan berjaya mencegah 90 peratus jangkitan kepada individu yang diuji dengan vaksin itu.

Ia menggunakan teknologi yang belum pernah diluluskan dipanggil messenger RNA, atau mRNA, bagi merangsang daya tahan diri orang yang disuntik vaksin berkenaan.

Sahin ketika memberitahu para wartawan berkata, apa yang mahu beliau sampaikan adalah satu harapan agar tamadun manusia tidak akan pupus kerana vaksin telah ditemui bagi melawan Covid-19.

Ketua Pegawai Pfizer Albert Bourla memberitahu CNN penemuan itu adalah sesuatu yang hebat bagi tempoh 100 tahun.

Sahin dan Tureci kini termasuk dalam senarai 100 orang terkaya di Jerman dan syarikat mereka yang disenarai Nasdaq telah melonjak $25.72 billion $4.6 billion tahun lalu.

Bagaimanapun ia tidak menjejaskan tumpuan pasangan berkenaan yang mengabdikan diri mereka sejak dua dekad di dalam bidang perubatan.

Sahin dilahirkan di Iskenderun, sebuah bandar di Turki dan telah berpindah ke Cologne, Jerman di mana dia bertemu Tureci semasa kedua-dua meneruskan karier dalam bidang akademik masing-masing.

Teknologi digunakan adalah dengan memanipulasi sel untuk menghasilkan protein yang kelihatan seperti viru. Sistem imuninasi akan mengenal pasti akan menyerang dan bertindak sama apabila terdapat jangkitan.

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button