Nasional

UPSI anjur kursus khutbah efektif untuk khatib seluruh Malaysia

PENYAMPAIAN khutbah yang disampaikan oleh khatib yang berkemahiran dengan isi kandungannya yang segar akan memberi kefahaman yang mendalam dan berkesan terhadap pendengar.

Gabungan aspek penulisan khutbah dan gaya penyampaian khatib turut menjadi penyumbang penting dalam memastikan khutbah yang disampaikan memberi kesan kepada pendengar.

SS Dato’ Setia Mufti Selangor menyampaikan Slot Pertama

Sehubungan itu, baru-baru ini Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Pusat Islam mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Pemantapan Khatib dan Khutbah Efektif yang disertai para imam dan khatib dari seluruh Malaysia.

Menurut Pengarah Pusat Islam, Muhammad Tarmizi Abdul Rahma, berkata bagi memberikan pendedahan kepada semua khatib dan imam yang bertugas sebagai pengkhutbah adalah disarankan supaya mempertingkatkan diri dengan ilmu penyampaian khutbah untuk memastikan khutbah yang disampaikan menarik minat pendengar untuk tekun menghayati bait-bait khutbah yang diberikan.

Antara peserta yang menghadiri kursus ini.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Kanan, Unit Latihan , Bahagian Sumber Manusia, Abdul Hadi Ahmad berkata kursus yang diadakan ini bertujuan memantapkan lagi imam dan khatib dari aspek fiqh, gaya dan teknik penyampaian khutbah yang berkesan.

Antara penceramah yang turut memberi sumbangan ilmu dan kepakaran dalam menjayakan kursus ini adalah Sahibus Samahah Dato’ Setia Dr. Haji Anhar Haji Opir, Mufti Negeri Selangor; Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, USAS; Dr. Mohd Faizal Abdul Khir; Imam Masjid Negeri Perak, Ustaz Syed Muzaffar Syed Azlan ; Pensyarah Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI, Prof. Madya. Dr. Mohamad Marzuqi Abdul Rahim,; Imam Masjid Daerah Muallim, Ustaz Mohd Arif Bin Hj Hasan dan Pengarah Pusat Islam, UPSI, Muhammad Tarmizi Bin Abdul Rahman.

Mufti Negeri Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Setia Dr. Haji Anhar Haji Opir dalam sesi ceramahnya menekan hal berkaitan fiqh dan rukun khutbah yang wajib diketahui oleh semua peserta.

Antara peserta yang menghadiri kursus ini.

“Khutbah-khutbah yang disyariatkan ada sepuluh, khutbah Jumaat, khutbah dua hari raya, khutbah dua gerhana, khutbah minta hujan dan empat khutbah dalam (musim) haji seperti yang dinyatakan dalam Hawashi al-Sharwani’ katanya.

Sementara itu, Dr. Mohd Faizal Abdul Khir pula menyatakan gaya dan penyampaian khatib dalam menyampaikan khutbah akan mempengaruhi akal audien melalui gaya dan hujah yang disampaikan.
Malah, katanya, khutbah dalam membangkitkan minat dan perasaan audien melalui kesungguhan, seni bercakap, akhlak, rohani dan juga sedikit jenaka yang disampaikan.

Imam Masjid Negeri Perak, Tuan Syed Muzaffar Syed Azlan menjelaskan intonasi suara dan gaya penampilan seperti pakaian khas untuk khatib juga memainkan peranan dalam penyampaian khutbah yang berkesan.

Kursus selama dua hari itu yang diadakan di Dewan Konvensyen, Bangunan e-Learning itu dihadiri seramai 48 peserta yang terdiri daripada 41 orang peserta dari kalangan Imam dan Khatib Masjid/Surau seluruh Malaysia dan tujuh peserta UPSI sendiri.

Sesi perkongsian dengan para peserta.

Abdul Hadi berkata antara pengisian kursus ini adalah Fiqh dan Rukun Khutbah (Do and Don’t), Gaya dan Penyampaian Khutbah, Teknik Khutbah Berkesan, Praktikal Khutbah Efektif, Sesi Perkongsian bersama Ikon Khatib dan juga Penutup dan penyampaian sijil kepada semua peserta.

“Peserta meluahkan rasa keterujaan dan memberikan maklumbalas yang sangat baik di atas penganjuran yang dilaksanakan dan berharap semoga hasil dari pelaksanaan kursus ini, peserta dapat mempraktikkan dan menggunakan ilmu yang disampaikan dengan sebaiknya,” katanya.

Katanya, peserta diberikan sijil penyertaan pada penghujung kursus sebagai tanda penghargaan di atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang mengikuti kursus. -SM

Baca : Dua Pensyarah Uzbekistan teruja jalani program mobiliti FBK UPSI

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button