NasionalNegeri

Rakyat Selangor ramai guna Facebook

FACEBOOK adalah platform media sosial paling banyak digunakan di Selangor iaitu sebanyak 65 peratus diikuti dengan Instagram 23 dan Youtube 22.

Justeru, platform media sosial itu akan dimanfaatkan Kerajaan Negeri Selangor bagi mendekati belia dengan menganjurkan pelbagai program berkaitan.

Ia termasuklah penganjuran ‘Program Selangor Xtiv Virtual Youth Busking’ yang menawarkan hadiah keseluruhan RM52,000 untuk direbut belia.

“Kajian yang telah dilakukan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kajian SKMM pada 2018 mendapati seramai 24.6 juta pengguna media sosial di Malaysia.

BACA > Antonio Banderas, zoro disahkan positif Covid-19 – Suara Merdeka

“Daripada jumlah tersebut 93 peratus adalah pengguna Facebook, 57 Instagram dan 48.3 Youtube.

“Jadi dengan sebab itulah Kerajaan Selangor merasakan bahawa ini adalah platform baharu untuk kita hendak engage dengan belia kita.

“Maknanya engagement Kerajaan Negeri Selangor adalah kita mendekati belia yang berminat dalam kumpulan-kumpulan ini, keterbukaan kita.

“Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri menjadi Smart State menjelang 2025.

“Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia dan Sukan terbuka untuk menjalankan aktiviti dan program berbentuk digital.”

Demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembanguan Belia dan Sukan Selangor, Mohd. Khairuddin Othman hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Xtiv Selangor Virtual Youth Busking 2020 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam.

BACA > Protes bantah catatan hina Nabi Muhammad bertukar ganas – Suara Merdeka

Menurutnya, ia merupakan program kelima di bawah Selangor Xtiv Virtual yang bermula sejak awal Mei 2020.

Program lain dibawahnya seperti E-Sport, Virtual Run, Martial Art dan Fifa Pro Club.

Sambutan hangat terus ditunjukkan terhadap program tersebut apabila 123,809 pendaftaran penyertaan direkodkan sejak Mei hingga Ogos.

“Kerajaan negeri menjalinkan kerjasama dengan barisan artis terkemuka tanah air seperti Ella, Elyana, Iqbal M dan Afieq Shazwan.

“Program terbaharu ini berlangsung selama dua bulan bermula 1 Ogos sehingga 30 September.

“Konsep pertandingan adalah memberi peluang kepada golongan busker untuk menonjolkan bakat dan kreativiti mereka menerusi platform digital seperti YouTube, Facebook dan Instagram.” jelasnya.

Tambahnya, ‘Selangor Virtual Youth Busking 2020’ menjadi platform terbaik buat kerajaan negeri mendekati komuniti pemuzik jalanan.

BACA > Blackpink pilih berduet dengan Selena Gomez – Suara Merdeka

Selain memberi sokongan padu kepada perkembangan aktiviti seni ini di peringkat akar umbi, khususnya golongan belia di Selangor. – SM

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button