Luar Negara

Covid-19: China catat 11 kes baharu

CHINA melaporkan 11 kes baharu Koronavirus (Covid-19) semalam berbanding 12 orang yang dijangkiti pada hari Jumaat.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak enam kes adalah transmisi daripada orang tempatan termasuk lima di wilayah Heilongjiang.

[BACA] Covid-19: Singapura catat 618 kes baharu — Suara Merdeka

Sementara itu, satu kes tempatan juga didapati di Tenggara wiayah Guangong berhampiran dengan sempadan Hong Kong.

Lima lagi kes dipercayai dari luar negara namun tiada maklumat lanjut dan data khusus dilaporkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan negara itu.

Dalam pada itu, suruhanjaya berkenaan turut melaporkan 30 kes tidak bergejala pada hari yang sama berbanding 29 individu sebelum itu.

[BACA] 1-3 Mei tarikh untuk yang terkandas di kampung pulang — Suara Merdeka
[BACA[ 84 ditangkap ceroboh negara ikut ‘lorong tikus’ — Suara Merdeka

Bagaimanapun, tiada kematian direkodkan semalam.

Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di China kini mencecah 82,827 kes dan sebanyak 4,632 kematian dicatatkan.

Terdahulu kerajaan China menamatkan perintah berkurung di Wuhan selepas wilayah berkenaan diisytihar bebas jangkitan wabak pandemik itu.

Wuhan menjadi wilayah terakhir dibuka semula selepas sebanyak 17 wilayah di China diisytihar perintah berkurung bagi membendung penularan virus novel itu.

Perintah berkenaan melibatkan penduduk di keseluruhan wilayah terlibat seramai 59 juta penduduk.

[BACA] Selayang Baru, Gombak dikenakan PKPD sehingga 3 Mei — Suara Merdeka
[BACA] Tubuh RCI siasat pendatang China, Rohingya — Suara Merdeka

Bagaimanapun, kerajaan masih menghadkan pergerakan rakyatnya bagi mengelakkan berlaku gelombang yang baharu. – Agensi

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button