Mahkamahpilihan

Pasangan suami isteri berdepan hukuman gantung sampai mati

Sepasang suami isteri berdepan hukuman gantung sampai mati selepas mereka dihadapkan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan mengedar pelbagai jenis dadah termasuk cecair ketamin yang disuntik dalam minuman susu kultur dan jus, bulan lalu.

Kedua-dua tertuduh, Lee Wui Khang, 34, dan isterinya seorang warganegara Thailand, Pimanmart Chai Songkram, 30, menggangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan
Majistret Mazana Sinin.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang berdepan enam pertuduhan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Mengikut pertuduhan satu hingga enam, tertuduh secara bersama-sama dalam mencapai niat bersama didakwa telah mengedar dadah jenis cecair ketamin anggaran berat (56,100 mililiter) serbuk ketamin (3,711), 3,4 methylenedioxymethamphetamine (MDMA) (299 gram), nimetazepam (144 gram) dan ketamin (96.69 gram).

Kesemua kesalahan itu dilakukan pada pukul 8.25 malam di sebuah pangsapuri Straits Emerald Tower, Jalan Merdeka, Garden City Melaka dalam daerah Melaka Tengah, pada 20 Januari 2023.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung atau penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada 15 sebatan.

Bagi pertuduhan ketujuh pula, kedua-dua tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis (33.53 gram) pada masa, tempat dan tarikh sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan sehingga lima tahun serta sebatan tidak kurang tiga kali atau lebih sembilan sebatan.

Dalam prosiding sama, Lee turut didakwa atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis ketamin berat kasar 3,910 mililiter yang didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(A) ADB 1952 dan boleh dihukum di
bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 8.10 malam di tempat parkir kereta di hadapan pangsapuri Straits Emerald Tower, Jalan Merdeka, Garden City Melaka dalam daerah Melaka Tengah, pada 20 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 15 Mac depan untuk serahan laporan kimia dan sebutan semula kes.

Pada 25 Januari lalu, akhbar melaporkan polis menumpaskan taktik pasangan suami isteri mengedar dadah dengan cara menyuntiknya pada minuman susu kultur berjenama terkenal dan jus bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit dilaporkan berkata, pasangan suami isteri berusia 34 dan 28 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di Banda Hilir, di sini, 21 Januari lalu lalu. – SM

(Visited 267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button