Nasional

Saravanan cakap serupa bikin!

Ulasan oleh M.Vivekananthan

WALAUPUN terdapat gesaan daripada pemain industri tertentu agar pelaksanaan gaji dinaikkan secara beransur-ansur,  Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S. Saravanan berjaya melaksanakan gaji minimum.

Pada hemat M.Vivekananthan, Saravanan mempunyai kemahiran pengurusan strategik untuk menyediakan visi yang betul dan hala tuju strategik kementerian supaya dasar dan rancangan mereka dapat dilaksanakan dengan baik dan tepat pada masanya.

Vivekananthan dalam ulasannya berkata, dalam keadaan kos sara hidup yang melambung tinggi, pelaksanaan gaji minimum RM 1,500 yang berkuat kuasa pada 1 Mei baru-baru ini amat melegakan rakyat Malaysia.

Kata Vivekananthan, peningkatan ketara sebanyak 25 peratus yang berlaku di tengah-tengah kos sara hidup yang melambung tinggi membuatkan ramai dalam kalangan rakyat negara ini yang bergelut untuk meneruskan kehidupan.

Ini akan memanfaatkan 27 peratus tenaga kerja iaitu 4.2 juta pekerja, kata Vivekananthan.

Untuk mengekalkan taraf hidup yang terjamin, rakyat Malaysia perlu mempunyai pendapatan yang stabil atau sekurang-kurangnya dapat memberikan mereka wang yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan penting seperti penginapan, perkhidmatan kesihatan dan pengangkutan awam, ujar beliau.

“Ini membuatkan rakyat dapat bernafas terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tinggal di bandar-bandar yang merasai tekanan akibat peningkatan harga makanan, perumahan, pendidikan dan penjagaan kesihatan,” katanya.

Untuk rekod, Perintah Gaji Minimum 2022 (MWO 2022) diwartakan pada 27 April 2022 dengan melaksanakan gaji minimum baharu berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022.

Vivekananthan berkata, keputusan untuk menaikkan gaji minimum negara telah menarik perhatian majikan daripada pelbagai sektor dengan sesetengahnya memuji keputusan itu.

“Ada juga sesetengah yang lain tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut. Walau bagaimanapun, majikan yang tidak dapat menampung kenaikan gaji minimum mungkin mendapati diri mereka beralih kepada kaedah pengurangan tenaga kerja untuk memastikan perniagaan mereka terus bertahan.

“Tidak kira bagaimana kita melihatnya, RM1,500 adalah jumlah yang tepat dan tidak sepatutnya ada ruang untuk mempertikaikannya,” jelas Vivekananthan.

Kata Vivekananthan lagi, satu pertiga daripada tenaga kerja Malaysia akan mendapat manfaat daripada gaji minimum baharu yang akan memainkan peranan penting dalam menangani ketidakcekapan pasaran buruh dan meningkatkan kebajikan sosial pekerja bergaji rendah.

Beliau juga berkata, gaji minimum baharu berkesan yang mana majikan perlu membayar pekerja sekurang-kurangnya RM7.21 sejam atau RM69.23 dalam gaji harian untuk lima hari seminggu bekerja.

“Perlu diingatkan bahawa gaji minimum baharu adalah hanya untuk gaji asas dan tidak termasuk sebarang elaun dan kerja lebih masa atau sebarang faedah,” ujar Vivekananthan.

Berdasarkan data, gaji minimum bulanan semasa RM 1,200 atau USD$287 adalah antara yang terendah di Asia Tenggara. Thailand mempunyai USD$414, manakala Indonesia ialah USD$326.

Kata Vivekananthan , “jika Malaysia ingin menjadi negara berpendapatan tinggi dalam tempoh 10 tahun, pembaharuan diperlukan supaya negara kita juga dapat menyertai barisan ekonomi terkemuka dan maju seperti mana negara lain.

“Apabila majikan menaikkan gaji, mereka meningkatkan kualiti hidup pekerja yang dalam jangka panjang akan meningkatkan produktiviti kerana pekerja boleh berbelanja untuk produk pendidikan atau kesihatan.”

Namun begitu, Vivekananthan  berpendapat, menaikkan gaji minimum pekerja sekarang mungkin sukar kerana ia boleh meningkatkan kos sara hidup.

“Dengan meningkatkan gaji minimum, rakyat Malaysia memperoleh beberapa faedah termasuk taraf hidup yang lebih baik dan produktiviti yang lebih baik.

“Dengan meningkatkan gaji, anda membantu kedua-dua pekerja dan majikan,” katanya.

Beliau berkata, pekerja boleh mengekalkan gaya hidup yang lebih selesa manakala majikan menjadi lebih gembira dengan adanya pekerja yang lebih produktif dan tidak perlu membazir wang mengambil dan melatih pekerja baharu. – SM

(Visited 436 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button