Luar Negara

Pasangan percaya teori bumi rata ditahan

Dua pasangan yang percaya dengan teori yang mengatakan bumi adalah rata ditahan ketika sedang berlayar ke hujung bucu bumi.

Mereka ditahan bukan kerana teori bumi rata yang mereka percaya, tetapi kerana melanggar arahan keluar rumah bagi mengelak penularan Covid-19.

Menurut portal Daily Star, pasangan yang berasal dari Venetia, Itali itu mengatakan bahawa Lampedusa yang terlelak di selatan Sicily, Itali adalah bucu bagi bagi bumi rata.

Untuk membuktikan teori mereka benar, pasangan ini sanggup menjual kereta mereka dan membeli sebuah bot untuk ke kawasan tersebut.

Bagaimanapun, pasangan tersebut yang tidak mempunyai asas navigasi lautan akhirnya tersadai di sebuah pulai di Ustica, kita-kira 40 batu dari Palermo, Itali.

Pasangan itu kemudian ditahan sebelum diminta untuk kuarantin di dalam bot mereka sendiri selama 15 hari.

Masih lagi berdegil, pasangan itu kemudian melarikan diri dengan bot mereka selama tiga jam sebelum ditahan oleh pengawal pelabuhan, tidak jauh daripada kawasan mereka bergerak.

Pasangan ini akhirnya dibawa semula ke pelabuhan dan dikuarantin sebelum mereka dipujuk semula untuk pulang ke rumah dengan menggunakan kereta api. -SM

(Visited 414 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button