Nasional

Pasangan ditahan ketika berdua-duaan dalam kereta nekad rempuh polis larikan diri

SEORANG anggota polis cedera selepas dilanggar oleh pasangan lelaki dan wanita berusia 19 dan 20 tahun yang sebelum itu ditahan kerana berada dalam mencurigakan kira-kira pukul 10.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, kejadian berlaku ketika sepasukan anggotanya sedang menjalankan rondaan di sekitar Bandar Baru Bangi.

“Kereta itu dilihat berada dalam keadaan mencurigakan dengan keadaan enjin yang dihidupkan.

“Anggota terlibat menghampiri kereta dan menemukan seorang lelaki bersama seorang wanita di dalam kereta tersebut dan mereka telah diarahkan keluar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, pemandu kereta itu bagaimanapun enggan keluar dan cuba melarikan diri dengan melanggar motosikal dan anggota polis yang berada di hadapan kereta itu.

Ujarnya, anggota tersebut terpaksa berpaut dalam keadaan kereta bergerak dengan jarak lebih kurang 150 meter sebelum berjaya melepaskan diri.

“Anggota yang terlibat dalam kejadian ini telah menggunakan segala usaha dan tindakan yang perlu untuk memberhentikan kereta tersebut namun suspek dalam kejadian ini terus melarikan diri ke arah Jalan Persiaran Jaya Bandar Baru Bangi.

“Ekoran itu, anggota yang terlibat telah alami kecederaan ringan dan motorsikal yang ditunggang mengalami kerosakan.

“Walau pun suspek berjaya melarikan diri, namun anggota yang terlibat telah dapat mengecam no pendaftaran kereta suspek,” katanya.

Mohd. Zaid berkata, pasangan tersebut bagaimanapun berjaya ditahan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 186, 307 dan 332 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 835 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button