Politik

Pas yakin Agong tidak layan Anwar

PAS berkeyakinan tinggi bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah tidak akan melayan tindakan terdesak Presiden Pas Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan daripada Perikatan Nasional.

Menurut Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan, Yang di-Pertuan Agong akan mengendalikan desakan Anwar mengikut Perlembagaan negara.

“Dalam hal ini Pas amat yakin Yang di-Pertuan Agong tidak akan melayan tindakan desprados ini, sebaliknya Baginda akan mengendalikannya berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan negara yang amat jelas,” kata Takiyuddin dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, tindakan Anwar mengumumkan kononnya mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan sebagai terdesak dan mempunyai cita-cita peribadi.

Menurutnya, langkah yang dibuat Anwar itu sebagai mengambil kesempatan dalam keadaan Kerajaan Perikatan Nasional sedang menguruskan masalah Covid-19.

Jelas Takiyuiddin, Pas tidak terkesan langsung dengan retorik Ahli Parlimen Port Dickson itu yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Beliau sekali lagi menegaskan, kesemua 18 Ahli Parlimen Pas menyokong sepenuhnya kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Pas turut berharap Kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang yang terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan keresahan dan kekeliruan rakyat di samping mengakibatkan terjejasnya sektor ekonomi negara dan tindakan tersebut,” kata Takiyuddin.

Pada 8 Oktober lalu, Anwar mendakwa, beliau mendapat perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong selasa ini.

Dalam, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, berkata beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya seperti dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lalu.

“Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya,Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diberi keafiatan daripada kegeringan baru-baru ini.

“Oleh itu, saya ingin menjunjung kasih kerana Tuanku memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober ini, Insya-Allah.

“Pada majlis mengadap itu, saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.

“Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.-SM

(Visited 278 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button