Nasional

73,000 peserta FELCRA dapat durian runtuh RM136.4 juta

BERITA baik bagi kira-kira 73,000 warga FELCRA di seluruh negara. FELCRA Berhad mengumumkan, pembayaran Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 Fasa 2 Projek-projek Peserta FELCRA Malaysia 2021 dengan jumlah keseluruhan RM136.4juta akan diagihkan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam ucapannya memaklumkan, pengurusan perladangan yang efektik dan sistematik oleh FELCRA Berhad adalah faktor penyumbang bayaran yang memberangsangkan.

Beliau berkata, dengan usaha-usaha penambahbaikan proses aliran kerja, peningkatan penggunaan jentera-jentera dan alatan mekanisasi di ladang-ladang yang diurus FELCRA serta pengenalan beberapa aspek automasi seperti penggunaan dron pemantauan pertanian, ini  merupakan faktor utama yang mempengaruhi jumlah pembayaran yang memberangsangkan ini.

“Berikutan prestasi yang membanggakan ini, Kerajaan Pesekutuan dalam Rolling Plan 2 (RP2) Rancangan Malaysia ke 12 (RMKe12) menyakini kemampuan FELCRA serta telah meluluskan pembayaran bagi peruntukan geran berjumlah RM161.6 juta.

“Kelulusan geran ini adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pelengkapan kampung iaitu amenities sosial, premis perniagaan, pelancongan desa, communities’ engagement, program tanam semula dan penambahbaikan infrastruktur ladang di seluruh negara,: katanya.

Beliau berkata, pembayaran telah mula dibuat sejak 22 April lalu dan dijangka akan selesai keseluruhan pembayaran pada pertengahan minggu ini.

“Jumlah berkenaan akan melengkapi keseluruhan pembayaran agihan keuntungan bagi tahun 2021,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 Fasa 2, Projek Peserta-Peserta FELCRA Berhad, petang semalam.

 

Hadir sama Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah merangkap ADUN Sukau, Datuk Jafry Ariffin, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA Berhad, Datuk Mat Roni Zakaria.

Dalam ucapan beliau, Mahdzir turut memaklumkan, peserta bakal menerima agihan akhir lebihan keuntungan tahun 2021 ini pada kadar purata RM2,755 per hektar atau RM1,115 per ekar.

“Sebanyak 50% atau Fasa 1 dari jumlah keseluruhan tersebut telah dinikmati oleh para peserta pada bulan Februari yang lalu,” katanya.

Pada majlis yang sama, Mahdzir  turut menyampaikan replika cek Agihan Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 Fasa 2 bagi Negeri Sabah dan Daerah Sandakan.

Turut disampikan, replika cek Peruntukan Geran Pembangunan Kerajaan RP2 RMKe-12 FELCRA Berhad Wilayah Sabah dan sumbangan berjumlah RM3,000 kepada Pertubuhan Pengurusan Rumah Amal Selawat Nabi. – SM

(Visited 271 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button