pilihanPolitik

PAS – Umno buat ‘rundingan gelap’, PN cuma minta sebuah penjelasan!

Dalam diam-diam, pucuk pimpinan tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi Awang dan Takiyuddin Hassan membuat ‘rundingan gelap’ dengan Umno dalam mesyuarat pimpinan tertinggi gabungan itu.

Dedah Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, beliau pun tidak mengetahui perkara itu pada awalnya dan hanya mendapat perkhabaran menerusi laporan media.

“Kita akan bincang dalam mesyuarat PN. Nanti saya akan minta presiden PAS atau setiausaha Agung PAS untuk memberi penjelasan kalau ada perundingan atau perbincangan (antara PAS-Umno), apakah benar-benar serius dan sejauh mana perkara itu akan berlaku.

“Jadi perkara ini saya akan bangkitkan, sekarang ini saya tak boleh nak komen apa-apa saya dengar dari media sahaja,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran buku The Doctor Will See You Now – My Life With Ampikaipakan Kandiah di SJKT Vivekananda, Brickfields.

Terdahulu, Umno secara tegas menolak kerjasama dengan Bersatu dan ‘rundingan gelap’ itu menimbulkan pelbagai persoalan kerana PAS merupakan rakan komponen dalam PN.

“Kita telah banyak kali bincang, saya dengar kenyataan pihak pimpinan Umno, pertama mereka menolak Bersatu, Perhimpunan Agung Umno (PAU) setahun lepas antara keputusan dibuat sampai hari ini tak berubah menolak Bersatu, sebab itu kalau tolak Bersatu, kita sudah tubuh PN, PAS bersama kita jadi kita nak dapat penjelasan PAS macam mana kita nak menghadapi terutamanya dalam PRU.

“…adakah akan tentang BN, bagi saya memang begitu kerana kita tak mahu kleptrokrasi terus berkuasa dan berleluasa, ia dikaitkan dengan pimpinan BN, apa pun nanti saya akan dapat penjelasan, selepas itu PN akan buat pendirian jelas supaya tak ada keraguan mana-mana hala tuju kita ke depan,” katanya.

Bagi Muhyiddin, rakan PN sebaiknya perlu berbincang terlebih dahulu sebelum sebarang rundingan dengan parti luar dibuat supaya gabungan parti komponen tidak dilihat berbeza pendirian.

(Visited 276 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button