Jenayah

Pengasuh ditahan polis, disyaki lakukan pengabaian bayi sehingga maut

SEORANG wanita ditahan oleh pihak polis kerana disyaki melakukan pengabaian terhadap bayi perempuan berusia tiga bulan sehingga mengakibatkan bayi itu meninggal dunia.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohammad Fakrudin Abdul Hamid, bapa mangsa telah tampil membuat laporan polis 9 Mei bersamaan hari kejadian.

Bayi perempuan 3 bulan maut di rumah pengasuh

Seterusnya pihak polis berjaya menahan pengasuh berusia 31 tahun di kediamannya yang terletak di Petaling Jaya pada hari yang sama.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca kematian bayi berkenaan manakala suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai diambil keterangan” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dengan menelefon 03-79662222 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, bapa kepada bayi berkenaan, Abdur Rahman Abdullah meluahkan rasa terkilan dan sedih atas kehilangan anak perempuannya, dipercayai dia baru sahaja menghantar arwah anaknya ke rumah pengasuh tidak sampai seminggu.

“Selepas 5 hari yang tidak termasuk 3 percubaan, saya menghantar bayi ke rumah pengasuh dan 9 Mei anak saya telah meninggal dunia di rumah pengasuh itu.

“Kehilangan anak saya sangat menyakitkan lagi-lagi kepada isteri saya”. Luahnya melalui satu hantaran di media sosial facebook.

Artikle berkaitan :>

Pengasuh pukul, tepuk kepala bayi direman

Pengasuh mengaku tidak bersalah, pukul, cakar bayi 11 bulan

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button