Politik

Pas tidak sertai pembentukan Kerajaan Negeri Perak baharu

PAS Pusat tidak akan menyertai sebarang usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu.

Perkara tersebut ditegaskan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, Pas Ahli Dewan Undangan Negeri PAS telah menyokong Menteri Besar Perak Datuk Ahmad Faizal Uzumu dalam undi percaya di DUN Peramk hari ini selaras dengan pendirian yang dibuat oleh Lajnah Politik PAS Pusat.

“PAS mengambil maklum keputusan Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak yang telah berlangsung di dalam Dewan Undangan Negeri Perak hari ini di mana tiga ADUN Pas menyokongnya selaras dengan pendirian yang dibuat oleh Lajnah Politik PAS Pusat.

“Maka selaras dengan keputusan tersebut, PAS Pusat telah membuat ketetapan untuk TIDAK menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu,” tegas Takiyuddin.


PAS bagaimanapun akan terus berperanan seperti biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional.

ADUN Chenderingan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat DUN Perak dalam undian percaya pada Jumaat.

Usul undi percaya itu dibawa oleh ADUN Pengkalan Baharu (UMNO) Datuk Abd Manaf Hashim.

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu hanya mendapat 10 undi sokongan, manakala 48 membantah, dan satu undi rosak, dalam undi belah bahagi yang ditetapkan oleh Speaker Perak Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Ahmad Faizal telahpun mengambil keputusan untuk membenarkan peralihan kuasa berlaku dengan lancar.

Perak mempunyai 59 ADUN yang terdiri daripada Barisan Nasional 25, Bersatu 5, Pas 3, DAP 16, PKR 3, Amanah 5, Gerakan 1 dan Bebas 1.-SM

(Visited 369 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button