Luar Negara

Laluan keluar masuk ke Wuhan dibuka semula mulai 8 April

KERAJAAN China akan membuka semula laluan keluar dan masuk ke Wuhan mulai 8 April, yang sebelum ini dikenakan sekatan susulan bandar itu menjadi pusat penularan wabak COVID-19.

“Bermula tengah malam 8 April, langkah kawalan dan pengurusan perjalanan dari Wuhan akan ditarik balik. Laluan keluar masuk akan dibuka semula secara berperingkat,” menurut kenyataan pusat pencegahan dan membanteras COVID-19 Wuhan pada Selasa

Wuhan terpisah dari dunia luar sejak 23 Januari ekoran penularan wabak yang telah meragut ribuan nyawa itu.

Agensi berita Sputnik melaporkan, sekatan itu menyaksikan perkhidmatan pengangkutan dalam bandar digantung dan lapangan terbang serta stesen kereta api ditutup. – BERNAMA

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button