Ekonomi

Anugerah World Muslimpreneur iktiraf jenama milik Muslim

BUAT julung-julung kalinya, Majlis Anugerah World Muslimpreneur dianjurkan bagi mengiktiraf, meraikan serta menghargai Usahawan serta Jenama milik perniagaan Muslim di Malaysia.

Sepanjang tahun 2020 hingga tahun 2022, dunia diuji dengan Pandemik sekaligus menyaksikan impaknya sangat besar terhadap semua cabang ekonomi serta industri. Namun begitu, apabila di lihat dari sudut positif, era Pandemik telah melahirkan golongan usahawan yang berdaya tahan serta lebih pragmatik dalam memastikan survival perniagaan serta jenama mereka.

Menyedari hakikat ini, Anugerah World Muslimpreneur dianjurkan bagi mengiktiraf usahawan serta jenama milik perniagaan Muslim yang telah membuktikan kemampuan serta daya saing mereka di dalam setiap cabang industri sepanjang era pandemik ini sekaligus menjadikan mereka antara pernigaan serta jenama yang terus berkembang sehingga ke hari ini.

Dianjurkan oleh Sekretariat World Muslimpreneur dengan Kerjasama IKON Malaysia, serta Kaya N Kaya Viral Sdn Bhd, Anugerah World Muslimpreneur turut di sokong oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta Malaysian Consultative Council of Islamic Organization (MAPIM). Anugerah World Muslimpreneur turut di Akreditasikan oleh Pertubuhan Pengarah-Pengarah Syarikat Malaysia (MOCAD) serta mendapat sokongan beberapa rakan setrategik termasuk ToyyibPay.

Menurut Profesor Adjung Hj Adam Richman, Ahli Lembaga Pengarah Sekretariat World Muslimpreneur, penganjuran majlis anugerah ini adalah suatu ruang dan peluang bagi usahawan serta jenama milik Muslim mendapat pengiktirafan sewajarnya atas usaha serta kejayaan mereka dalam sektor ekonomi serta industri yang mereka ceburi.

“Sebenarnya, perniagaan serta jenama milik Muslim telah lama menjadi tunjang utama kepada pengukuhan serta peningkatan ekonomi dunia secara umumnya, serta Malaysia secara khususnya. Namun, mereka tidak mendapat pengiktirafan serta penghargaan yang sewajarnya. Justeru, dengan penganjuran Anugerah World Muslimpreneur ini, segala penat lelah serta pengorbanan mereka akhirnya akan mendapat perhatian yang sewajarnya”, ujarnya ketika ditemui wartawan semalam.

Majlis Malam Anugerah World Muslimpreneur akan berlangsung pada 28 Januari 2023, bertempat di Hotel The St. Regist Kuala Lumpur dan akan dirasmikan oleh TYT Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka.

Pencalonan untuk Anugerah World Muslimpreneur masih lagi dibuka untuk Usahawan Muslim serta Jenama milik Perniagaan Muslim di laman sesawang rasmi www.worldmuslimpreneur.com. Sebarang pertanyaan lanjut, Sekretariat World Muslimpreneur boleh dihubungi melalui talian Hotline 019 777 2180.

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button