Politik

Pas tidak mahu terkhilaf

PAS menjelaskan parti itu tidak terkhilaf dalam membuat keputusan berhubung kemelut politik di Perak.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin dalam kenyataan ringkasnya malam tadi berkata, Pas sebagai sebuah parti yang sentiasa menghormati dan menjunjung kedaulatan institusi beraja sentiasa memastikan selayaknya sebarang urusan yang berkaitan dengannya perlu ditekuni dengan penuh teliti dan beradab.

“Adapun dalam hal kehadiran ke Istana Perak, disebabkan Pas tidak mahu terkhilaf dalam membuat keputusan terutama jika ianya bersabit dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan, maka Pas mengarahkan semua ADUN Pas untuk hadir ke Istana setelah menerima Titah Menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.

“Pas akan berusaha dan berikhtiar bersama rakan parti Perikatan Nasional untuk menyelesaikan kemelut politik Perak secara berhemat dan terbaik demi masa depan Agama, Bangsa dan Negara,” katanya.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria, dilaporkan berkata, keputusan pembatalan itu dibuat atas arahan pucuk pimpinan parti.

Tiga ADUN Pas Perak ialah Razman sendiri yang juga ADUN Gunong Semanggol; Mohd Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah).

Sultan Nazrin semalam dilapor masih belum diyakinkan oleh mana-mana parti sudah memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu di Perak.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, berkata sehingga isu terbabit diselesaikan, barulah istiadat angkat sumpah Menteri Besar yang baharu dapat dilaksanakan.

“Sehingga Tuanku diperkenankan, yakin sudah ada mana-mana pihak yang mempunyai majoriti mudah barulah istiadat angkat sumpah boleh dilaksanakan.

“(Setakat ini) Sultan Perak belum dapat diyakinkan oleh mana-mana pihak. Kita akan tunggu sampai mereka bersedia dengan meyakinkan Duli Yang Maha Mulia dan baginda berpuas hati sudah ada majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan,” katanya.

(Visited 702 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button