Nasional

Yang di-Pertuan Agong terima mengadap Menteri Komunikasi dan Menteri Kesihatan

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap  Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Menteri Kesihatan,  Datuk  Dr. Dzulkefly Ahmad.
Sebelum menerima mengadap Fahmi, Seri Paduka Baginda berkenaan meluangkan masa menandatangani hampir 400 kad Aidilfitri pada awal pagi.
Menteri Komunikasi turut berpeluang melihat sendiri Seri Paduka Baginda menandatangani kad ucapan Aidilfitri.
Hadir sama, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din,
Fahmi mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda mengenai perkembangan media sosial di negara ini.
Sementara itu, Dr Dzulkefly mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda mengenai perkembangan terkini perkhidmatan kesihatan negara serta perancangan baharu kementerian dalam menambahbaik fasiliti kesihatan kepada rakyat.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara. – SM
(Visited 19 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button