NasionalNegeriPendidikan

Mahasiswa UniMAP sentiasa dilatih untuk berdaya saing – Raja Muda

MAHASISWA Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sentiasa dilatih untuk berdaya saing dalam bidang pengkhususan masing-masing dan mesti memiliki keyakinan bagi menerokai peluang-peluang keusahawanan setelaj bergraduat.

Mereka juga seharusnya berkemampuan untuk menunjukkan kemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat serta Komunikasi (ICT), dan juga ciri-ciri profesionalisme dan patriotisme yang tidak berbelah bahagi, selain daripada cemerlang dalam bidang pengajian masing-masing.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyaksikan pemberian cenderamata oleh Zuliman kepada Fatih sempena majlis pemeteraian penyambungan kerjasama antara UniMAP dan Karabuk University yang diadakan di Hotel Radisson Blu Pera, Istanbul, Turkiye.

Kebanyakan kursus kejuruteraan di UniMAP adalah berteraskan elektronik.

Namun, kursus-kursus kejuruteraan yang berlatarbelakangkan pengkhususan yang lain juga boleh didapati di UniMAP.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP selepas berkenan berangkat menyaksikan majlis pemeteraian penyambungan kerjasama antara UniMAP dan Karabuk University yang diadakan di Hotel Radisson Blu Pera, Istanbul, Turkiye.

Prof Dr Fatih Kırışık selaku Rektor menandatangani bagi pihak Karabuk University manakala Naib Canselor, Prof Datuk Ts Dr Zaliman Sauli mewakili UniMAP.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pro Canselor UniMAP dan anakanda Baginda berdua, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut hadir ialah Timbalan Rektor Karabuk University, Prof Dr İsmail Rakıp Karaş dan Pengarah Hubungan Antarabangsanya, Dr Oya Cepni Onalan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen menerima cendermata dari isteri Fatih selepas majlis pemeteraian penyambungan kerjasama antara UniMAP dan Karabuk University yang diadakan di Hotel Radisson Blu Pera, Istanbul, Turkiye.

Karabük University ialah sebuah universiti awam yang ditubuhkan dalam tahun 2007 dan sudahpun tersenarai dalam 801- 1000 ranking universiti terbaik di dunia oleh Times Higher Education (THE) untuk 2020 dan 801-1000 bagi 2021.

Tempoh Memorandum Persefahaman sedia ada yang ditandatangani terdahulu antara kedua-dua buah universiti ini ialah bermula pada 1 Oktober 2018 dan akan tamat pada penghujung bulan ini iaitu 30 September 2023.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen menerima cederamata dari salah seorang wakil Karabuk University sempena majlis pemeteraian penyambungan kerjasama antara UniMAP dan universiti berkenaan di Hotel Radisson Blu Pera, Istanbul, Turkiye.

Kini, UniMAP yang mempunyai sekitar 13,000 pelajar dan tenaga kerja yang merangkumi 2, 100 orang staf akademik dan bukan akademik menawarkan 14 kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, 13 kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan, 7 kursus Sarjana Muda Teknologi, 2 kursus Ijazah Sarjana Muda Perniagaan, dan 1 kursus Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu.

Tidak ketinggalan juga, penawaran 6 kursus Diploma Kejuruteraan dan lebih daripada 30 kursus Pascasiswazah yang merangkumi Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. – SM

BACA UniMAP naib juara Karnival Varsiti IMT-GT di Indonesia

BACA UniMAP terus kerja keras tawar kursus menarik-Raja Muda Perlis

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button