Politik

Pas, PN sedia menang lebih besar dalam PRU16

PAS Selangor yakin di samping mempunyai sokongan rakyat dan jentera yang kuat di peringkat akar umbi, mereka bersama Perikatan Nasional (PN) mampu untuk menang lebih besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Selangor, Mohd Shafie Ngah dalam satu kenyataan berkata, mereka akan datang dengan tawaran barisan kepimpinan yang bijak, dasar yang konsisten, dan rekod pentadbiran yang cemerlang khususnya di negeri Selangor.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal berkata, perkara ini adalah tidak mustahil kerana di samping kewibawaan Pas dan PN, Pakatan PH-BN mengalami krisis integriti yang sangat kritikal apabila mereka membakul sampahkan ideologi, prinsip, dan manifesto atau janji mereka kepada rakyat semasa berkempen dalam PRU-15 lalu.

“Kini, rata-rata rakyat negeri Selangor sangat positif dan semakin yakin dengan prestasi Ahli Dewan Negeri (ADN) dan Ahli Parlimen Pas serta PN yang sentiasa turun ke lapangan, bergelumang dengan denyut nadi kesusahan rakyat, pantas turun ke masyarakat menyelesaikan masalah mereka serta mempunyai hubungan yang akrab dengan agensi-agensi atau kakitangan penjawat awam Kerajaan Negeri Selangor.

“Pas di Selangor melalui aspirasi #BaktiDemiSelangor kini sangat bersedia untuk mengisi kelompongan yang ada dalam PH-BN.

“Justeru, melalui kebangkitan dan kesedaran politik rakyat khususnya di Selangor, PAS bersama PN akan terus komited memberikan khidmat bakti terbaik demi Selangor dan Malaysia yang lebih baik,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button