Hiburan

Guna gambar tanpa kebenaran, Imam Muda Asyraf buat laporan polis

GERAM dengan iklan pelaburan yang menggunakan gambarnya sebagai daya penarik tanpa kebenaran, pendakwah, Imam Muda Asyraf akhirnya membuat satu laporan polis hari ini.

Menerusi status yang dimuatnaik di akaun Instagram milik pendakwah itu, beberapa keping iklan syarikat pelaburan telah secara terang-terangan menggunakan gambarnya dan beberapa pendakwah lain untuk tujuan pengiklanan di media sosial.

Asyraf berkata, dia pada mulanya enggan peduli dengan iklan pelaburan yang menggunakan wajahnya di dalam iklan tersebut.

“Sudah banyak kali sebenarnya gambar saya digunakan pihak tidak bertanggungjawab di dalam iklan mereka. Memang saya tidak pedulikan pada mulanya.

“Tetapi bila memikirkan nasib mereka yang tertipu, mak cik , pak cik di kampung yang melabur tanpa tahu kesahihannya membuatkan saya ambil keputusan untuk membuat laporan polis,” katanya.

Satu laporan polis telah dibuat Asyraf di Balai Polis Bandar Baru Bangi dan dia juga akan membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara itu.

Menurut Asyraf lagi, dia juga berharap orang ramai supaya berhati-hati dengan sebaran mesej Facebook seumpamanya.

“Bukan sekali dua, tetapi terlalu banyak iklan yang menggunakan gambar saya dalam pebagai akaun berlainan.

“Saya harap perkara ini dapat dibendung oleh pihak berkuasa,” katanya.

Ini bukan kali pertama gambar selebriti terkenal digunakan dalam pengiklanan sesuatu syarikat tanpa kebenaran.

Sebelum ini, selebriti tempatan seperti Nourul Depp, Azhan Rani, Shuib dan Nina Iskandar antara yang pernah menyuarakan perkara ini. -SM

(Visited 649 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button