PRK

Penamaan calon berjalan lancar petanda kematangan politik semakin sihat

SUARA MERDEKA- Perjalanan hari penamaan calon bagi pilihan raya Kecik Parlimen Tanjung Piai hari ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.Walaupun dilaporkan berlaku provokasi antara penyokong-penyokong tiga parti utama iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Gerakan namun ia tidak begitu serius.Ada ketikanya terdapat penyokong-penyokong parti yang bersaing tersesat masuk ke dalam kawasan panas lawan yang disediakan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun kesemua mereka bersikap toleran dan berhemah tanpa sebarang provokasi keterluan.

Cuma yang kedengaran teguran dan provokasi nakal tetapi mereka berjaya mententeramkan keadaan dan berakhir dengan tepukan gemuruh yang menggambarkan kematangan penyokong parti-parti yang bertanding.Lebih menarik lagi apabika penyokong-penyokong dan ahli parti yang bertanding saling bergambar bersama seteru tanpa sebarang masalah menunjukkan keharmonian dan kematangan berpolitik dalam kalangan msyarakt Malaysia yang semakin baik.Adalah diharapkan keadaan dan suasana sihat dan harmoni ini dapat berterusan dikekalkan sehingga ke hari terakhir pengundian nanti.

(Visited 78 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button