Nasional

Nak bergambar dengan Tok Mail

TOK MAIL popular dalam kalangan kanak-kanak di daerah Bera, Pahang. Dalam kesibukan kakak-kakak dan makcik-makcik nak bergambar dengan Tok Mail, kanak-kanak juga mahu bergambar dengan Tok Mail.

Bagi seorang kanak-kanak, dapat bergambar dengan Tok Mail adalah satu perkara yang membuatkan hati mereka gembira.

Mula-mulanya tersipu-sipu malu apabila berjalan menuju ke arah Tok Mail untuk bergambar kenangan tetapi sesudah snap dengan kiraan 1, 2, 3, wajah yang tersipu-sipu itu serta merta bertukar menjadi senyuman sampai ke telinga.

Itulah aura Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di daerah Bera, kawasan Parlimen yang disandangnya dan kini bertanding sebagai calon di kerusi yang sama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Jangan lupa, esok undi awal dan Sabtu, 19 November ialah hari mengundi.

BANGGA di hati sekumpulan kanak-kanak ini apabila Tok Mail berbual-bual dengan mereka.

Datuk Seri Ismail Sabri bagi kalangan kanak-kanak dipanggil dengan panggilan Tok Mail.

Melihatkan kelibat Tok Mail, kanak-kanak ini kelihatan seolah-olah mahu menerpa ke arah Tok Mail.

Kalau tidak berpeluang posing elok-elok di atas pentas persembahan, semasa Tok Mail berjalan, mereka akan mengekori rapat.

Asalkan dapat bergambar dengan Tok Mail, cukup.

DAPAT bergambar dengan Tok Mail menjadi kenangan paling manis bagi adik Asraf yang berusia 5 tahun.

Di Kampung Tengah Batu Papan semalam, Tok Mail ada program bertemu dan beramah mesra dengan penduduk setempat.

Dalam Tok Mail duduk sebaris dengan calon DUN Barisan Nasional (BN), seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun mendesak neneknya untuk merakamkan gambarnya dengan Tok Mail.

Tetapi neneknya berkata, “tak boleh sebab tengok Tok Mail sedang sibuk.”

Ketika itu kanak-kanak lelaki yang namanya Asraf, berjalan menuju ke arah tepi pentas dan merajuk.

Melihatkan reaksi seorang kanak-kanak kecil yang teringin nak bergambar dengan Tok Mailnya tidak dapat dipenuhi oleh neneknya, rezeki Asraf apabila penulis memberitahu salah seorang wanita dewasa bahawa anak kecil ini nak bergambar dengan Tok Mail.

Dipimpin tangan kecilnya, Asraf akhirnya dapat juga bergambar dengan Tok Mail.

“Dapat dah bergambar dengan Tok Mail. Asraf nak makan,” katanya yang bunyi kenyataannya bukan sahaja sangat comel tetapi menggambarkan hasrat di hatinya untuk bergambar dengan pemimpin nombor satu negara kesampaian.

Pasti adik Asraf ini tidur lena malam tadi kerana dapat bergambar dengan Tok Mail.

Hari ini, Tok Mail ada banyak urusan di luar daerah Bera dan esok, Insya-Allah, Tok Mail kembali jumpa rakyat Bera. – SM

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button