Nasional

Jumlah ibu tunggal di Malaysia hampir 1 juta

JUMLAH ibu tunggal di Malaysia hampir mencecah 1 juta orang, menurut Laporan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci Malaysia 2020) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, catatan terbaharu itu menunjukkan ada peningkatan dalam jumlah ibu tunggl berbanding tahun 2010.

Beliau berkata, sekarang terdapat 910,091 ibu tungga dan ia bersamaan dengan 8.3 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini.

Mustapa berkata, daripada keseluruhan 32.4 juta populasi Malaysia berdasarkan bancian yang telah dijalankan, 2.7 juta adalah warga asing yang tinggal di Malaysia.

Katanya, mungkin ada yang mempertikaikan angka tersebut tetapi itulah angka yang sebenarnya.

“Ini juga ada kaitan dengan pandemik Covid-19 apabila ribuan warga asing telah balik ke negara masing-masing,” katanya.

Semalam, majlis Pelancaran Laporan Banci Malaysia 2020 disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hadir sama, Ketua Perangkaan merangkap Pesuruhjaya Banci Penduduk dan Perumahan 2020, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin. – SM

(Visited 642 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button