PolitikUncategorized

Pas bimbang angka transgender makin meningkat

Pas melahirkan kebimbangan ekoranlaporan bahawa Malaysia kini tersenarai antara lima negara tertinggi di Asia dengan populasi transgender.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Hanif Jamaluddin berkata, degan anggaran 24,000 individu, angka tersebut menurut mencerminkan satu realiti membimbangkan yang berpunca daripada kekeliruan identiti, pengaruh budaya luar, serta kelemahan pendidikan agama dan institusi keluarga.

“Filem-filem dan media sosial semakin giat menormalisasikan gaya hidup songsang sebagai sesuatu yang diterima. Ia sangat perlu diberikan perhatian dan dibendung. Islam menegah lelaki dan wanita menyerupai jantina lawan.

“Dalam pada masa yang sama Islam mengajar kita untuk membimbing dengan hikmah bukan terus menghukum, kerana fitrah lelaki dan perempuan itu jelas dan perlu dididik, bukan dibiarkan,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau mengajak orang ramai menggunakan media sosial secara proaktif untuk menyebarkan nilai-nilai Islam dan menjadi contoh keperibadian Muslim sejati yang yakin, berprinsip dan berakhlak mulia.

“Kita boleh bawa mereka bersama dalam program agama dan komuniti yang positif. Kerajaan perlu memainkan peranan lebih tegas dan proaktif memperkukuh pendidikan agama di semua peringkat.

“Memperketat kawalan terhadap kandungan media yang menyebar gaya hidup songsang serta menyediakan sokongan kaunseling Islamik yang mesra anak muda. Fenomena transgender ini perlukan pendekatan menyeluruh.

“Dari keluarga, sekolah, institusi agama hingga ke media. Islam agama yang membimbing manusia kembali kepada fitrah. Tugas dakwah kita besar,” katanya.

Terdahulu, sebuah laman yang mengkaji populasi dunia baru-baru ini telah berkongsi satu maklumat mengejutkan berhubung 10 negara paling banyak transgender di benua Asia.

Filipina menjadi negara teratas dengan populasi transgender seramai 239,000 individu, sekali gus mengatasi jumlah transgender di Thailand yang mempunyai sejumlah 62,000 individu transgender. –SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button