Politik

PAS batal undi percaya Dr M

PAS membatalkan cadangan untuk membawa undi percaya di parlimen terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu berpuas hati dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk menyerahkan peralihan kuasa sepenuhnya kepada Dr Mahathir Mohamad.

Takiyuddin turut menambah bahawa usul tersebut tidak lagi relevan kerana keputusan tersebut telah berjaya menghalang percubaan untuk melakukan peralihan kuasa dengan cara yang tidak demokratik.

“Ia tidak lagi relevan untuk membawa usul ini lagi kerana perdana menteri kini boleh memberikan tumpuan untuk melaksanakan segala dasar dan memulihkan semula ekonomi tanpa gangguan politik,” katanya, petik laporan The Star hari ini.

Takiyudin turut menambah usul tersebut bukanlah bermakna bahawa PAS ingin mengambil alih kerajaan, sebaliknya ia menginginkan kestabilan politik.

“Apa yang kami mahukan ialah kestabilan dalam politik,” katanya.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sepatutnya menetapkan tarikh peralihan kuasa tampuk pemerintahan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Semalam, Dr Mahathir berkata majlis tersebut telah membuat keputusan untuk menyerahkan peralihan kuasa sepenuhnya kepada beliau selepas Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) pada November.

Malaysiakini turut melaporkan, Bersatu sedia mempertimbang untuk keluar daripada PH sekiranya desakan untuk Dr Mahathir melepaskan jawatan diteruskan.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali juga turut menyatakan sokongan kepada Mahathir untuk terus memegang tampuk pemerintahan untuk satu penggal dengan sokongan daripada Bersatu.

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button