Belang Bertempat

Parti-parti politik di Malaysia undang persepsi negatif

PARTI-PARTI politik di Malaysia dikatakan mengundang pelbagai persepsi negatif. Kalau orang luar tengok, memang tidak menarik. Oleh itu selain daripada mengutamakan rakyat, kestabilan politik dalam negara juga penting.

AMANAH

Parti AMANAH, mengajar rakyat bersikap tidak jujur dan tidak amanah.

Saban hari dihidangkan dengan ungkapan-ungkap yang merosakan minda Rakyat.

 


PKR (PARTI KEADILAN RAKYAT)

Tidak pernah memberikan sebarang keadilan kepada rakyat.

Sering merosakkan minda rakyat dengan tuduhan-tuduhan negatif dan tidak berasas terhadap Kerajaan dan kepimpinan negara.

Mencari populariti dengan cara menghasut minda rakyat secara berterusan.

 

DAP (DEMOCRATIC ACTION PARTY)

Tidak ada yang demokratik d idalam parti ini.

Parti ini memberikan gambaran dia satu parti berbilang bangsa dan kaum.

Tetapi sebenarnya merupakan satu parti yang rasis terhadap orang Melayu kerana parti ini dikuasai oleh pemimpin bangsa Cina.

Orang Melayu yang berada didalam parti ini menjadi tunggangan sahaja.

 

PAS (Parti Islam Semalaysia).

Payah untuk mentafsirkan parti ini kerana perjuangannya berubah-ubah.

Sekejap bersama DAP didalam Pakatan Harapan (PH).

Keluar dan menyertai Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO.

Akhirnya kini bersama PPBM didalam Perikatan Nasional (PN).

Apa pun PAS kelihatan mencari jalan dan landasan politik.

Di mana mereka akan berada di dalam keadaan keberuntungan.

PPBM (BERSATU)

Satu parti yang mengunakan perkataan singkat yang catchy iaitu BERSATU.

Tetapi secara realitinya, parti ini memang sukar untuk BERSATU kerana semenjak Langkah Sheraton.

BERSATU berpecah-belah dengan Tun Dr. Mahathir dan beberapa Ahli Parlimen keluar dari PPBM dan menubuhkan parti baru bernama PEJUANG.

WARISAN

Satu parti yang baharu, yang tidak mewarisi mana-mana perjuangan kemerdekaan sebelum ini.

Tujuan menamakan parti ini Warisan adalah kerana mahu meniup semangat kenegerian penduduk Negeri Sabah untuk membenci Kerajaan Persekutuan.

Itu saja.

UMNO (UNITED MALAY’S NATIONAL ORGANISATION)

Ditubuhkan pada tahun 1946.

Parti politik tertua di negara ini kini dipanggil Grand Old Party.

UMNO mengetuai satu Gabungan Politik yang kuat yang dinamakan Barisan Nasional (BN) semenjak tahun 1973 selama 48 tahun.

Pernah disertai oleh 14 parti-parti politik dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung,

Apabila tewas pada Pilihan Raya Umum tahun 2018, 10 parti-parti politik ini meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional.

Barulah UMNO sedar bahawa apabila kuat dan memerintah negara, ramai yang mahu bersama UMNO.

Apabila sudah kalah, rakan-rakan politik pun meninggalkan UMNO.

UMNO kini berada di persimpangan jalan mahu memulihkan semula imej kekalahan pada PRU14 dengan resolusi dan semangat yang baru.

Terkini, sejarah baharu terpahat apabila Naib Presiden UMNO dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 dengan sokongan Ahli-Ahli Parlimen dari pelbagai parti politik lain untuk membina Satu Kerajaan Campuran yang baru. – SM

(Visited 97 times, 1 visits today)

Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button