Politik

Parti lokal USNO, PCS sukar menang – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak memandang remeh saingan parti-parti tempatan dalam pilihan raya negeri itu tetapi percaya rekod menunjukkan mereka sukar untuk menang.

Dihubungi Suara Merdeka hari ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu mengingatkan, rakyat Sabah terutama pengundi mahukan wakil rakyat yang boleh di percayai mereka untuk membawa arus pembangunan di kawasan mereka.

“Saya bukan nak cakap tinggi sebab nama pun pilihan raya sebab ini (sistem) demokrasi.

“Kita lihat semasa pilihan raya umum (PRU) ke-13 dan PRU-14 tidak ada parti tempatan yang menang,” katanya ketika ditanya peluang USNO dan Parti Cinta Sabah (PCS) untuk bersaing dengan parti-parti utama seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang menamakan sekutu-sekutu mereka Warisan Plus.

Dari kalangan parti-parti tempatan yang bertanding, Parti Cinta Sabah (PCS) diketuai bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dilihat serius apabila menjadi satu-satunya parti meletakkan calon di kesemua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PCS mengatasi calon parti-parti favourite seperti Parti Warisan Sabah yang bertanding di 53 kerusi, Barisan Nasional (41), Perikatan Nasional (29) dan Parti Bersatu Sabah (22).

Selain PCS, parti-parti tempatan lain adalah Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri), Parti Kebangsaan Sabah (PKS) dan Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Pertubuhan).-SM

(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button