Nasional

Tiada projek KPLB ditangguh walaupun berlaku kenaikan harga bahan mentah

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) tetap melaksanakan semua projek infrastruktur dan perumahan di bawahnya walaupun berdepan kenaikan kos.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, tiada projek yang ditangguhkan setakat ini walaupun berlaku kenaikan kos bahan mentah.

“Sangat terkesan sebab bahan binaan menjadi semakin mahal akibat daripada Covid-19 dan pasca Covid-19 yang mana (sektor pembinaan) tidak banyak pekerja, kekurangan sana sini, jadi bahan pun naik dan ada yang terpaksa kita import barang-barang itu.

Apa yang kita buat sekarang adalah tunggu Kementerian Kerja Raya bagi harga baharu dalam masa terdekat ini.”

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Pemantapan Pengurusan KEMAS Daerah (SMART PKD) 2022 Peringkat Semenanjung di sini hari ini.

Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika berucap di Majlis Penutup Kursus Pemantapan Pengurusan KEMAS Daerah (SMART PKD) 2022 Peringkat Semenanjung, di Alor Gajah, Melaka. Foto: UKK KPLB

Tambah Mahdzir, ada projek akan berjalan seperti ditetapkan dan yang perlu menunggu harga baharu kerana kos bahan mentah dijangka mengalami kenaikan sehingga mencecah 15 peratus.

Bagi projek yang telah diberikan kebenaran memulakan kerja termasuk Jalan Perhubungan Desa dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di bawah KPLB, ia akan berjalan seperti ditetapkan.

Manakala bagi projek-projek lain, akan menunggu harga baru yang akan disyorkan oleh Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kewangan.

“Sekarang ini pun kalau nak buat rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), kos sebanyak RM56,000 itu sudah tidak mencukupi dan banyak kontraktor beritahu tidak boleh (bina) dengan harga serta meminta kementerian naikkan sikit (harga).

Jadi ini yang kita sedang tunggu pelaporan penuh dan insya-ALLAH kerajaan akan naikkan sikit. Apa pun kita tunggu keputusan daripada JKR (Jabatan Kerja Raya)” kata Mahdzir. – SM

Baca artikel ini > 700 TABIKA KEMAS bakal laksana digitalisasi pendidikan awal kanak-kanak

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button