Nasional

Dua maut, kereta bertembung dengan motosikal

DUA individu maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Km19 Jalan Seremban ke Simpang Pertang pada 7.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, dua mangsa yang maut adalah kanak-kanak berusia tiga tahun daripada sebuah keluarga yang menaiki Perodua Viva manakala seorang lagi penunggang motosikal Yamaha Legenda berusia 48 tahun.

“Siasatan awal menunjukkan kereta yang dalam perjalanan dari arah Seremban ke Kuala Klawang itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal yang dalam perjalanan dari arah Kuala Klawang ke Seremban.

“Akibat kemalangan itu, dua mangsa maut ketika menerima rawatan di tempat kejadian manakala mangsa yang cedera turut dihantar ke Hospital Jelebu untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Maslan berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta kerjasama orang ramai dengan maklumat untuk tampil membantu siasatan. -SM

Baca juga : Mara terima dua bas elektrik projek perintis di Langkawi

 

 

(Visited 57 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button