Nasional

Parlimen tidak boleh dikuarantin demi memenangi perang melawan Covid-19

PARLIMEN tidak boleh dikuarantin kerana ia diperlukan untuk sebuah kempen untuk kepercayaan, solidariti, dan perpaduan untuk menggerakkan usaha nasional yang melangkaui kaum, agama, ataupun politik demi memenangi peperangan melawan Covid-19.

Penasihat DAP Lim Kit Siang yang sejak seminggu lalu mendesak diadakan sidang khas Dewan Rakyat berkata, ia perlu dilakukan sebagai sebahagian daripada strategi penting untuk memenangi peperangan melawan wabak Covid-19.

“Persidangan khas Parlimen akan menghadapi tugas penting dalam memperkasakan infrastruktur kesihatan awam negara bagi memastikan kita boleh memberikan perlindungan secukupnya kepada para petugas barisan hadapan.

“Dan untuk meningkatkan kapasiti ujian saringan, penjejakan, dan rawatan; untuk merancang program yang boleh membantu golongan dan sektor terpinggir yang terjejas teruk dengan PKP dan untuk merancang satu strategi keluar untuk negara kita,” kata Kit Siang.

BACA

Kit Siang mendakwa Parlimen di negara yang terkesan seperti Amerika Syarikat Sepanyol, Itali, Perancis, United Kingdom, Jerman, dan Turki tetap menjalankan tugas seperti biasa untuk mendebatkan bukan sahaja strategi terbaik dalam menghadapi Covid-19 tetapi juga rancangan selepas tamatnya tempoh berkurung.

“Kenapakah terdapat pengecualian ini untuk Parlimen Malaysia? Mengapakah di Malaysia dipinggirkan sedangkan negara sedang berhadapan dengan krisis pada satu skala yang tidak pernah dialami kita sebelum ini?

“Jika Parlimen dibenarkan untuk menjalankan tugasnya dalam krisis ini, sudah tentunya negara kita akan berjaya mengelakkan sandiwara “air suam”, Doraemon, Menteri Tik Tok, dan episod “penderaan suri rumah” yang kini disertai pula dengan kekecohan berkenaan tukang gunting rambut,” kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam blognya hari ini.

Sebelum ini pemimpin veteran DAP itu mencadangkan supaya kerajaan patut mempertimbangkan untuk mengadakan persidangan khas Dewan Rakyat “secara maya” kerana Malaysia perlu menggunakan strategi “melakukan apa sahaja” untuk memenangi peperangan Covid-19 dan mengharungi era ekonomi pasca-Covid-19

Katanya,  harus dipertimbangkan kemungkinan untuk mengadakan persidangan khas Parlimen “secara maya kerana Malaysia perlu menggunakan strategi “melakukan apa sahaja” untuk memenangi peperangan melawan Covid-19 dan mengharungi era ekonomi pasca-Covid-19. -SM

 

 

 

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button