Nasional

Parlimen perlu bersidang, PN perlu berundur – Anwar Ibrahim

PARLIMEN perlu bersidang dan Perikatan Nasional perlu berundur kerana sudah kehilangan majoriti.

Perkara itu ditegaskan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata, pemimpin sekarang hanya memikirkan soal sokongan sebelum parlimen bersidang.

“PN sudah kehilangan majoriti dan mereka bergelut untuk membeli, mengupah dan mengugut Ahli Parlimen sedaya upaya mereka untuk mendapatkan sokongan.

“Parlimen perlu bersidang kerana gaji tidak naik, pengangguran bertambah dan pelaburan juga tiada.

“Menteri sibuk jaga kedudukan mereka dan mahukan wakil rakyat untuk lompat,” katanya.

Menurut Anwar lagi, Perdana Menteri juga masih tidak memberi kenyataan untuk menghormati titah Yang Dipertuan Agong (YDPA) berkenaan kebenaran semula Parlimen bersidang.

“Selama ini kalau YDPA perkenan, mereka akan hebahkan. Ini sudah seminggu YDPA memberi perkenaan Parlimen untuk bersidang tetapi Perdana Menteri masih lagi bisu.

“Kali ini, YDPA telah mendengar 115 Ahli Parlimen dan tuntutan daripada pelbagai rakyat yang mahukan Parlimen bersidang semula,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut memberitahu yang beberapa hari sebelum ini dia telah disoal siasat oleh polis berhubung surat terhadap YDPA.

Surat tersebut menurut Anwar adalah untuk memohon YDPA menimbang semula soal darurat dan menitahkah supaya Parlimen bersidang semula. -SM

(Visited 394 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button