Ekonomi

“Wang Nilai” Tahun Baru Cina di MR D.I.Y.

Memandangkan Tahun Baru Cina [CNY] akan disambut kurang sebulan dari sekarang, rakyat Malaysia kini  bersiap-sedia untuk meraikan musim perayaan terbersar ini dengan mencari promosi terbaik yang akan memberi lebih nilai kepada ringgit mereka.

Menyedari situasi ini, peruncit tempatan, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad telah melancarkan kempen Tahun Baru Cina 2023 yang diberi tema “Wang Nilai”, yang bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia menambah lebih   Nilai” kepada “Wang” mereka apabila membeli-belah semasa musim perayaan ini.

Bermula 26 Disember 2022 hingga 21 Januari 2023, MR D.I.Y akan menawarkan lebih 100 produk-produk  bertemakan CNY pada harga “Always Low Prices”, termasuklah tanglung Cina yang menjadi kemestian semasa perayaan ini. Dengan ketinggian kira-kira 80cm dan dijual pada harga hanya RM53.00 untuk sepasang, produk ini dijangka akan laris semasa Tahun Baru Cina kali ini.

Barangan keperluan perayaan bertemakan CNY lain yang turut ditawarkan di cawangan-cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara termasuklah sampul “ang pow”, dan peralatan hiasan seperti tanglung dalam pelbagai saiz, pelekat dinding dan pintu, hiasan gantung, bunga yang diperbuat daripada plastik dan fabrik, serta lampu LED.

Para tuan rumah pasti gembira dengan pelbagai pilihan alas meja, kusyen, alas lantai dan set makan seramik, manakala para tetamu pula boleh mendapatkan beg hadiah, kotak, bakul dan pelbagai barangan lain yang amat berguna untuk perayaan ini.

Kemeriahan ini tidak terhad di cawangan-cawangan MR D.I.Y. sahaja. Bermula 1 Januari hingga 31 Januari 2023, MR. DOLLAR dan MR. TOY juga akan turut mengadakan promosi “Wang Nilai MR D.I.Y.” dan menawarkan pelbagai snek, barangan keperluan rumah, dan mainan.

Mengulas tentang inisiatif perayaan ini, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Alex Goh berkata, “Tahun Baru Cina memberi tumpuan kepada meluangkan masa bersama keluarga dengan meraikan kepelbagaian tradisi bangsa Cina.

“Dengan memahami keutamaan ini, kami fokus dalam memastikan bekalan barangan keperluan perayaan yang secukupnya bagi membolehkan keluarga-keluarga di Malaysia mencipta suasana CNY dan menyatukan
semua ahli keluarga, di samping tawaran “Always Low Prices” kami yang tidak membebankan dompet mereka. Melalui inisiatif “Wang Nilai” ini juga, kami membolehkan jutaan pelanggan berbangsa Cina di seluruh negara mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan mereka ke rumah dalam semangat “muhibbah” sebenar.”

Para pelanggan yang berminat untuk membeli-belah barangan persiapan CNY boleh mengetahui tentang produk-produk yang ditawarkan dalam kempen ini di shorturl.at/frAO5. Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR D.I.Y., mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my, dan saluran media sosialnya di Facebook dan Instagram. – SM

(Visited 298 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button