Politik

Parlimen bakal kembali ke masa lampau

PARLIMEN akan kembali ke masa lampau jika 10 Jawatankuasa Pilihan Khas yang diwujudkan ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dibubarkan.

Ini ekoran kenyataaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa sidang pada 18 Mei ini hanya mengutamakan urusan kerajaan sahaja.

petisyen
Lim Kit Siang

Dan urusan itu termasuk membubarkan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dengan digantikan oleh satu jawatankuasa baharu yang mempunyai bidang kuasa ke atas semua perkara.

“Adakah Parlimen akan kembali ke masa lampau dengan membubarkan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas sedia ada dan menggantikannya dengan satu sahaja Jawatankuasa Pilihan Khas?

“Takiyuddin harus menjelaskan sama ada kerajaan Perikatan Nasional bercadang untuk menghumban Parlimen kembali ke masa lampau dengan membubarkan sepuluh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan menggantikannya dengan satu Jawatankuasa Pilihan Khas yang mempunyai bidang kuasa ke atas semua perkara,” kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri dalam satu kenyataan di blognya.

Kata Kit Siang, ini berdasarkan laporan Malaysiakini bahawa Takiyuddin berkata di dalam satu sidang akhbar yang hanya urusan kerajaan sahaja akan diutamakan dalam persidangan Dwan Rakyat sehari pada 18 Mei ini.

Urusan kerajaan ini termasuklah pelantikan satu jawatankuasa pilihan khas untuk menggantikan jawatankuasa-jawatankuasa sedia ada.

“Terdapat 12 jawatankuasa pilihan khas yang ditubuhkan di bawah kerajaan Pakatan Harapan, iaitu: Jawatankuasa Menimbang Rang Undang-undang, Jawatankuasa Belanjawan, Jawatankuasa Hak Dan Kesaksamaan Jantina, Jawatankuasa Pelantikan Utama Awam, Jawatankuasa Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri, Jawatankuasa Hubungan Persekutuan-Negeri, Jawatankuasa Hal Ehwal Pilihan Raya, Jawatankuasa Hubungan dan Perdagangan Antarabangsa, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia dan Hal Ehwal Perlembagaan, dan Jawatankuasa Sains, Inovasi, dan Alam Sekitar.

“Parlimen akan kembali ke masa lampau dari segi reformasi Parlimen jika jawatankuasa-jawatankuasa ini dibubarkan,” katanya.

Malah, kata Kit Siang, sepatutnya ditubuhkan satu jawatakuasa baharu mengenai hal ehwal kesihatan dan penjagaan sosial serta merta untuk membolehkan proses penelitian dan semak imbang tindakan kerajaan dalam mengendalikan wabak Covid-19. – SM

(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button