Bola SepakSukan

Lampard berada di bawah tekanan besar – Keane

ROY Keane memberi amaran kepada Frank Lampard tentang ‘perkataan kesabaran tidak wujud di Chelsea’ selepas kedudukannya di Stamford Bridge sedang dipantau secara serius.
Lampard berjaya membawa The Blues menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga keempat pada musim pertamanya selaku pengurus, setelah membantu kelab itu mengharungi penggantungan dalam jendela perpindahan.
Bagaimanapun, di sebalik permulaan positif Chelsea dalam pemburuan gelaran, sebaik memasuki Disember mereka ditimpa empat kekalahan daripada enam perlawanan Liga Perdana yang sekali gus menyaksikan musim The Blues kini terancam.
Kekalahan terbaru ialah di tangan Manchester City menerusi keputusan 1-3, yang menyebabkan skuad bimbingan Lampard keciciran tujuh mata di belakang pendahulu liga, Liverpool yang memiliki kelebihan satu perlawanan di tangan.
Aksi menentang City merupakan hanya perlawanan ke-80 Lampard, tetapi Keane memberi amaran kepada pengurus itu bahawa dia kini berada di bawah tekanan yang amat besar dan jangan sesekali menjangkakan layanan yang sama diterima Jurgen Klopp yang mendapat kepercayaan penuh di Anfield.
“Frank selalunya memberi imej positif. Namun, saya tidak perasan pula perkataan sabar wujud di Chelsea terutamanya kepada pengurus.
“Saya tidak fikir Frank akan diberi ruang waktu yang sewajarnya. Tekanan amat besar pada tahun ini, anda perlu memberikan masa kepada para pemain yang datang dari luar negara untuk menyesuaikan diri mereka.
“Tahun lepas dia mendapat pas percuma, tetapi mereka telah berbelanja besar dan ia sebenarnya menambah tekanan, tanpa mengira siapa pengurus tersebut.
“Setiap pasukan mempunyai masalah kecederaan, dia perlu bersedia. Apabila anda mula mempersoalkan hasil kerja dan kesungguhan, tidak kiralah bagaimana bagus pun pasukan anda, anda akan tetap tergelincir.
“Dia masih baharu. Dia berusia 42 tahun. Klopp datang ke Dortmund dan menang hadiah besar di sana. Dia terpaksa berdepan kesemua pengurus ini, Ancelotti, Mourinho, Guardiola. Kesemua mereka memiliki rekod pencapaian yang cemerlang. Dia tidak akan mendapat masa seperti mana Klopp peroleh,” kata Keane kepada Sky Sports.
The Blues telah berbelanja lebih 200 juta pound (RM1.09 billion) pada musim lalu, dengan membawa masuk beberapa pemain berbakat besar ke dalam skuad Lampard.
Bagaimanapun, menjelang perlawanan dengan City, bos Chelsea itu mengingatkan bahawa dengan hanya berbelanja besar, ia tidak memberi jaminan persembahan yang konsisten.
“Jika anda berasakan bahawa anda perlu bermain konsisten tahun ini hanya kerana anda membawa masuk beberapa pemain baharu yang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri, dan kami masih mempunyai pemain muda, beraksi menentang sebuah pasukan yang handal dalam Liga Perdana setiap minggu, maka anda tidak akan mampu hidup seperti dalam dunia realiti,” jelas Lampard. – Mirror – SM

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button