Nasional

Kerajaan perkenal pelbagai inisiatif bantu ekonomi serta rakyat

 

Inflasi Malaysia meningkat 4.4 peratus pada Julai 2022. Kadar inflasi di Malaysia adalah lebih rendah berikutan langkah Kerajaan menyediakan Peruntukan subsidi yang lebih besar iaitu sebanyak RM77.7 bilion bagi tahun 2022 jika dibandingkan dengan bajet asal sebanyak RM31 bilion bagi membantu kos sara hidup rakyat.

Antara inisiatif yang telah dijalankan oleh kerajaan bagi membantu rakyat adalah Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) melibatkan 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara dan 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.

Kerajaan juga telah menyalurkan RM5.8 bilion subsidi kepada Keluarga Malaysia melalui TNB bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat disebabkan oleh kenaikan harga arang batu pada pertengahan tahun 2022 yang mencecah USD400 se tan metrik daripada USD80 se tan metrik.

Baru-baru ini Kerajaan mengumumkan beberapa inisiatif baharu buat penjawat awam bagi menghargai sokongan dan menjaga kebajikan mereka antaranya ialah kenaikan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan ganjaran wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari, tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun, dan perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod urusan kematian ahli keluarga terdekat, penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan (Kadar Tetap 3%) kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum kepada satu kadar baharu.

Kerajaan juga telah memberi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam Gred 11 – Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023 sepanjang tahun 2023 serta bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 akan diberikan pada Januari 2023.

Bagi mengekalkan penjanaan pekerjaan untuk rakyat, dana skim pembiayaan perkasa TVET 1.0 turut diperkenalkan bagi memenuhi permintaan pekerja dalam insdustri. Peruntukan sebanyak RM6.6billion telah diberi bagi melaksanakan perlbagai inisiatif di bawah kementerian dan agensi-agensi berkaitan.

Selain itu, Program Penjana KPT-PACE merupakan inisiatif bagi membantu meningkatkan kemahiran di kalangan graduan tahun akhir dan graduan 2022.

Inisiatif lain bagi membantu penjanaan pekerjaan termasuklah Peneraju Skill 2.0 & Peneraju Teknologi, FIT4WORK oleh INVESTKL, Malaysia Short-term Employment Programme (MYSTEP), Skim Perlindungan Sosial Khidmat, SPS Padanan Carum, Program Reskilling and Upskilling Veteran ATM (PPRUV-ATM, Program Subsidi Upah, PROTÉGÉ, Career Advancement Programme, Skim Perantisan Nasional dan juga My Digital Workforce In Tech (MYWiT).

Para peniaga jugak tidak ketinggalan menerima beberapa inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan seperti Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF), Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan Mara/ Belia, Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK), Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA), Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC), dan banyak lagi.

Dalam tempoh pelaksanaan pelbagai inisiatif dan pakej bantuan oleh kerajaan kepada rakyat dan perniagaan telah berjaya menyelamatkan banyak pekerjaan, di samping mengurangkan impak kepada ekonomi negara.

Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar inflasi Malaysia mungkin melonjak melebihi 12% sekiranya Kerajaan tidak menyediakan pelbagai subsidi kepada rakyat. Segala usaha Kerajaan sudah tentu bagi membantu Keluarga Malaysia daripada terus terkesan akibat kos sara hidup yang semakin meningkat.

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button