BeritaPendidikan

Para graduan disarankan supaya menguasai aspek 2M iaitu ‘Membaca’ dan ‘Masa’

‘Membaca’ adalah untuk menambah pengetahuan. Harus diingat bahawa kemahiran komunikasi mencakupi pelbagai bidang yang meluas. Ia bukan sekadar perucapan awam, sebaliknya turut merangkumi kemampuan graduan untuk berhujah, melontarkan idea serta perbincangan kumpulan fokus.

Kesemua ini bukan sesuatu yang boleh dipelajari melalui teori di buku sebaliknya ia mampu menjadi ‘senjata’ ampuh dan dapat menonjolkan keupayaan diri sekiranya para graduan menjadikan budaya membaca sebagai satu amalan.

Masa pula ialah sejajar dengan perkembangan teknologi, banyak dihabiskan dengan gajet. Bermain game, melayari media sosial, menonton video dan sebagainya menyebabkan kurangnya berlaku komunikasi lisan dalam kehidupan seharian.

Interaksi sosial

Meksipun universiti menghimpunkan masyarakat yang berbilang kaum dan agama, namun amat kurang yang mengambil peluang ini untuk bersosial dan berinteraksi secara langsung. Kebergantungan terhadap gajet akan menyebabkan pelbagai masalah yang berkaitan dengan pengurusan masa.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena ’Sidang Ketujuh Bagi Istiadat Konvokesyen 14 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Tahun 2019’ yang diadakan di Dewan Ilmu UniMAP di Kampus Alamnya di Pauh Putra.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Naib Canselor, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad, Timbalan-Timbalan Naib Canselor serta pengurusan tertinggi universiti.

Kualiti graduan

Tuanku Raja Muda Perlis turut menambah bahawa adalah sesuatu yang amat menyedihkan sekiranya kualiti akademik yang ada pada diri para graduan tidak langsung dipandang oleh para majikan hanya kerana kekurangan dalam aspek 2M ini.

Seramai 463 orang graduan menerima ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) dari program pengajian Elektrik (Kuasa Industri)-50, Elektrik (Teknologi Robotik dan Automasi)-53, Elektronik (Sistem Elektronik)-37, Elektronik (Rekabentuk Telekomunikasi Elektronik)-34, Elektronik (Rekabentuk Rangkaian Elektronik)-40, Elektronik (Elektronik Bersepadu)-32, Mekanikal (Sistem Pertanian)-68, Mekanikal (Sistem Pertanian)-43, Mekanikal (Pembangunan Produk)-51 dan Mekanikal (Pemprosesan Bahan)-55 masing-masing daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP di istiadat penuh bersejarah berkenaan.

(Visited 58 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button