MahkamahNasional

Wanita tukar pengakuan tidak bersalah beri anak susu campur dadah

SEORANG wanita yang sebelum ini mengaku menganiayai bayi lelaki berusia 16 bulan dengan memberi susu bercampur dadah hari ini menukar pengakuannya kepada tidak bersalah.

Suri rumah berusia 34 tahun itu membuat pengakuan tersebut ketika prosiding sebutan semula untuk fakta kes dan hukuman di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Ruzilawati Mohd Nor.

Manakala suaminya yang berusia 40 tahun kekal dengan pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan semula hari ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pasangan itu secara bersama didakwa melakukan penganiayaan terhadap bayi mereka dengan memberi susu bercampur dengan air yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine (syabu) sehingga menyebabkan bayi itu mengalami “allegedsympathomimetic drug ingestion.”

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit pangsapuri di Taman Medan di sini jam 6 petang pada 19 Februari lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin yang mengendalikan pendakwaan kemudiannya memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu bagi sebutan semula kes dan laporan perubatan penuh.

Tertuduh wanita diwakili peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar manakala tertuduh kedua diwakili Adi Zulkarnain Zulkafli.

Mahkamah menetapkan 10 Mei ini bagi sebutan semula kes selain status laporan perubatan pada tarikh yang sama.

Media sebelum ini melaporkan seorang bayi lelaki dikejarkan ke hospital selepas ibunya membancuh susu bayi menggunakan cecair syabu dalam kejadian di Taman Medan. – Berita Harian – SM

BACA Pesawah minta dibicara atas tuduhan dera anak tiri

BACA Pasangan suami isteri mengaku aniaya anak lelaki

(Visited 9 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button