Nasional

Terkejut papan iklan perkhidmatan ‘sugar daddy’ secara terbuka di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Warganet terkejut dengan pengiklanan platform perkhidmatan janji temu ‘sugar daddy’  yang dilakukan secara terbuka di papan iklan elektronik di Kuala Lumpur.

Mengikut Facebook syarikat yang menawarkan perkhidmatan itu, Sugar**** papan iklan elekronik janji temu  ‘sugar daday’ tersebut adalah yang pertama di Malaysia dan terletak di di Bangsar dan Bukit Kiara. Iklan tersebut telahpun beroperasi sejak 3 Disember lalu.

Untuk meraikannya moment yang bersejarah itu, syarikat terbabit menawarkan hadiah berupa keahlian premium secara percuma kepada pengikut Facebook yang bertuah.

Mereka hanya perlu mengambil gambar atau video papan iklan elektronik tersebut, kemudian tag pada Facebook dan Instagram Sugar**** dan seterusnya hantaran itu perlu dikongsi di dinding Facebook dan Instagram masing-masing.

Menurut Facebook berkenaan, Sugar**** adalah perkhidmatan rangkaian dalam talian yang selamat dan rahsia yang memberi tumpuan kepada privasi pelanggan untuk membina hubungan dengan imbuhan secara sah.

Bagaimanapun perkongsian maklumat tersebut di Facebook Sugar*** menerima kecaman daripada warganet.

Ini kerana mereka berasa pelik dan hairan bagaimana pihak berkuasa boleh melulus dan membenarkan iklan perkhidmatan sedemikan dipaparkan di tempat umum.

Mereka meminta Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menjelaskan bagaimana iklan seperti itu terlepas daripada tapisan.

“Tumpang tanya Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad. Iklan sugar daddy ini dinaikkan sejak 3 Disember di sekitar Bangsar dan Mount Kiara. Adakah ia mendapat kelulusan DBKL? Adakah iklan sebegini boleh dipaparkan secara umum? Tanya Nabeel Naqie.

“Macam mana boleh lulus? DBKL? Hmm semua sampah,” komen Ikram Affendy.

“Aplikasi &^%$& secara terbuka ke? Terbaiklah kerajaan Malaysia baru. Selangkah ke neraka,” kata Gadjet Murah.

“Hader. Apa benda la kerajaan. Rosak-rosak,” ulas Alem Abdullah.

“Apa sugar-sugar? Lain macam ni,” kata Aiezat Nasrun.

“Wau zaman PH. Rambutan lilalaminnn mujahid,” kata Ajib Ali.

“Apa ni Khalid Samad?” tanya Mohd. Zainol Ahmad Zabidi.

“Wow apps %^&)(* dengan orang tua ke ni?” tanya Luusie Indo.-UM

 

(Visited 122 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button