Nasional

Kerajaan tarik balik larangan eksport tenaga boleh baharu

KERAJAAN hari ini mengumumkan untuk menarik balik larangan eksport tenaga boleh baharu yang dijana di negara ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, keputusan itudibuat secara bersama dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan matlamatnya adalah untuk menambah baik dasar negara mengenai ekonomi hijau.

“Keputusan untuk menarik balik larangan eksport tenaga boleh diperbaharui merentas sempadan akan memberi manfaat kepada syarikat di Malaysia yang berada dalam perniagaan tenaga boleh diperbaharui,” katanya pada sidang media bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Larangan eksport tenaga boleh diperbaharui dilaksanakan pada Oktober 2021, di bawah pentadbiran pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada Mei 2022, Ahli Parlimen Bakri Yeo Bee Yin menggesa kerajaan menarik balik larangan eksport tenaga boleh diperbaharui ke Singapura, dengan berkata ia akan menarik lebih banyak pelaburan dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan hijau. – SM

(Visited 257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button