MahkamahNasional

PAS mohon batal saman Mujahid atas dakwaan sokong LGTB

PAS memohon untuk membatalkan saman fitnah difailkan Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa terhadap parti itu atas dakwaan beliau menyokong budaya songsang LGBT.

PAS yang diwakili Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan Tengku Amalin & Faizi di Mahkamah Tinggi pada 15 Februari lalu.

Takiyuddin Hassan

Memetik laporan FMT, permohonan itu dibuat atas alasan Mujahid selaku plaintif, gagal mendedahkan apa-apa kausa tindakan munasabah terhadap parti berkenaan.

Peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili Mujahid ketika dihubungi berkata, permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh pada 21 Jun ini.Ads by

Mujahid memfailkan saman itu pada 15 Disember lalu mendakwa defendan (PAS) pada 16 Oktober 2022, dengan niat jahat menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnahnya dengan membuat atau menerbitkan kenyataan fitnah di ruangan status akaun Facebook parti itu.

Mujahid berkata, kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau membenarkan, menyokong atau menerima masyarakat khususnya beragama Islam terlibat aktiviti LGBT dan perzinaan.

Katanya, kenyataan fitnah itu menyebabkannya mengalami tekanan perasaan selain merosakkan perwatakan, nilai moral, pegangan agama, keupayaan dan kredibiliti plaintif sebagai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).

Sehubungan itu, beliau memohon perintah supaya PAS menarik balik serta memadam kenyataan fitnah dan gambar plaintif itu dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman selain menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk.

Menerusi pernyataan pembelaan, PAS mendakwa pernyataan tuntutan plaintif cacat dan tidak sah kerana plaintif gagal menamakan pelaku kesalahan yang mempunyai kawalan serta melakukan penerbitan bagi artikel itu. – SM

BACA Status khunsa Nur Sajat tidak disokong dengan bukti – Mujahid

BACA Mujahid dikritik, rakyat tidak mahu subahat isu Sajat

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button