KesihatanRencah Hidup

Panjang umur atau tidak selepas disuntik vaksin Covid-19?

JIKA anda ada ibu atau bapa berusia 60 tahun ke atas, adik beradik atau ahli keluarga yang dikategorikan sebagai warga emas, adakah anda sanggup mereka ini tampil sebagai sukarelawan untuk disuntik dengan vaksin Covid-19?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini dikatakan membuka ‘tawaran’ kepada golongan warga emas untuk tampil sebagai antara kelompok pertama disuntik vaksin Pfizer.

Kalau bukan 100 peratus merasa pelik dan skeptikal dengan tawaran terbuka ini, ada satu peratus yang meragui vaksin yang disuntik nanti.

Gambar hiasan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut jejak langkah Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang menjadi orang pertama disuntik dengan vaksin Covid-19.

Bukan sahaja Mr Presiden menerima suntikan pertama tetapi First Lady, isteri beliau juga dikatakan sama-sama menerima suntikan vaksin berkenaan.

Setakat ini, hanya Muhyiddin sahaja yang tampil secara sukarela untuk disuntik dengan vaksin Covid-19 dalam bulan Februari ini.

Manakala isteri Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman tidak pula kedengaran mahu bersama-sama suami untuk menerima suntikan pertama.

Ada juga yang tertanya-tanya, apakah pemimpin defacto Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu menawarkan dirinya sebaris dengan Muhyiddin dalam suntikan vaksin?

Begitu juga dengan isteri Anwar, Datin Ser Dr. Wan Azizah dan anak mereka, Nurul Izzah. Mereka perlu menjadi contoh juga kepada rakyat Malaysia dalam perkara suntikan vaksin Covid-19 ini.

Jagoan seperti Ahli-Ahli Parlimen lain perlu menjadi barisan pertama menerima suntikan vaksin ini termasuklah Datuk Seri Azmin Ali dan isteri, Lim Guan Eng dan isteri serta bapanya, Lim Kit Siang.

Ini kerana kalau kita berpegang kepada slogan yang berbunyi, KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN, apa salahnya jika para pemimpin dan ahli-ahli politik yang menjadi BARISAN PERTAMA disuntik vaksin Pfizer hujung bulan ini.

Tidak lama pun lagi menanti menjelangnya hujung bulan Februari ini dan sama-sama kita lihat, selepas sekurang-kurangnya setahun penerima suntikan vaksin Pfizer, bagaimanakah hasilnya.

Sepanjang jangka masa inilah, tidak perlu dipersoalkan tentang mengapa lambat Malaysia menerima vaksin Pfizer, mengapa itu, mengapa ini.

Kalau lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Kata mestilah dikotakan dan syabas Muhyiddin. Demi menyakinkan rakyat Malaysia vaksin Covid-19 selamat. – SM

 

(Visited 528 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button