fbpx
Nasional

Pawagam, seminar, aktiviti kolam renang dibenarkan 1 Julai

KERAJAAN membenarkan aktiviti pawagam, teater dan majlis secara langsung di buka semula pada 1 Julai ini.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semua aktiviti perlu dilakukan hanya dalam dewan tertutup sahaja.

“Bagaimanapun aktiviti ini tidak boleh melebihi 250 individu bagi setiap pertunjukan dan tertakluk kepada kapasiti dewan.

“SOP yang ditetapkan terutamanya penjarakan sosial perlu dipatuhi setiap masa,” kata Ismail Sabri dalam sidang akhbar hari ini.

Kerajaan juga bersetuju memberi kebenaran kepada penganjuran mesyuarat, persidangan, seminar, kursus atau latihan dengan kehadiran peserta tidak melebihi 250 orang.


Kebenaran juga meliputi semua organisasi yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS),Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) untuk  mengadakan mesyuarat agung dan mesyuarat-mesyuarat lain.

Kebenaran juga meliputi semua mesyuarat, termasuk mesyuarat agung bagi syarikat yang berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM).

Koperasi yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM),Persatuan-Persatuan yang berdaftar di
bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga dibenarkan untuk
mengadakan mesyuarat termasuk mesyuarat agung.

Menurut Ismail Sabri, parti-parti politik juga dibenarkan untuk melakukan mesyuarat agung masing-masing.

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP hari ini juga bersetuju untuk membenarkan aktiviti riadah kolam renang bermula pada 1Julai.

“Aktiviti riadah kolam renang ini dibenarkan di kolam renang awam, hotel, kondominium, gated community serta kolam renang persendirian.

“Jumlah pengguna dalam kolam renang perlu berdasarkan kapasiti dan keluasan kolam renang. Walaupun tiada larangan bagi kanak-kanak untuk menggunakan kolam renang kanak-kanak,namun ianya tidak digalakkan,” kata Ismail Sabri.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button