Hiburan

Panggilan ‘retis’ itu seakan menghina – Shafie Naswip

PANGGILAN ‘retis’ kepada individu yang bergelar selebriti seni dalam negara dianggap Shafie Naswip sebagai satu perkataan yang menghina kerjayanya sebagai pelakon.

Shafie berkata, dia berharap supaya penggunaan perkataan ‘retis’ di dalam ruangan komen di media sosial sebenarnya telah menghiris hatinya.

“Minta maaf kalau saya menyentak hati beberapa pihak. Saya cuma ingin tegaskan kalau boleh, jika ingin bergembar, menyapa saya atau membalas komen saya dalam Instagram, elakkan menggunakan perkataan ‘retis’.

“Gelaran itu sedikit sebanyak seperti menghina pekerjaan saya,” katanya.

Menurut Shafie, dia lebih selesa jika netizen menggelarnya sebagai pelakon atau pemeran.

Jelasnya, jika tidak mahu menggunakan dua perkataan itu, hanya memanggil namanya sahaja sudah cukup memadai.

“Kalau boleh cukup anda gelarkan saya pelakon atau pemeran daripada menggunakan panggilan itu (retis)

“Mungkin saya hanya senyum atau tidak memberi reaksi apa-apa. Tapi jujur setiap kali dialog itu diungkapkan, perkataan itu sangat mengguris hati saya,” katanya.

Rasanya sesiapa pun tidak berniat dengan menggunakan perkataan ‘retis’ itu sebagai kata untuk menghina seseorang.

Mungkin kerana ramai yang lebih selesa menggunakan ayat bahasa pasar di media sosial yang menyebabkan wujudnya perkataan ‘retis’.

Hakikatnya, daripada segi penggunaan secara formal, kata seperti pelakon, anak seni dan penggiat industri seni masih lagi digunakan secara kekal sehingga kini. -SM

(Visited 500 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button