Belang Bertempat

Ku Li keseorangan sekali lagi…

UNTUK kesekian kali Tengku Razaleigh Hamzah keseorangan.

Selepas dijanjikan jawatan Perdana Menteri, ketika pergolakan politik tempoh hari bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau sekali lagi ditinggalkan keseorangan.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, tetapi sebenarnya beliau hanya berseorangan diri dan tiada jemaah penasihat yang dilantik sehingga ke akhir beliau meletakkan jawatan.

Semasa usaha untuk meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional, Tengku Razali atau Ku Li dijanjikan sebagai jawatan perdana menteri dan sehingga ke akhir beliau tampil selepas mesyuarat majlis kerja tertinggi UMNO dengan menyangkakan akan diumumkan sebagai calon perdana menteri, sebaliknya beliau diminta menandatangan surat menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri.

Beliau baru menyedari telah dipermainkan mengambil keputusan tidak mahu menandatangan surat sokongan tersebut.

Lebih awal lagi semasa Parlimen bersidang Ku Li telah mengasingkan diri daripada blok kerajaan dan pembangkang.

Sedang beliau penasihat UMNO tetapi mengasingkan diri daripada parti yang memayungi beliau.

Jadi apabila Ku Li mengambil keputusan meletakkan jawatan ia bukan satu perkara yang mengejutkan.

Dalam politik tiada sahabat sejati dan tiada juga musuh selamanya. Ramai yang turut bersimpati dengan apa dilalui oleh pemimpin veteran itu, pada masa  yang sama, para pemerhati politik gigih menunggu apa langkah seterusnya yang akan diambil oleh Ku Li.

(Visited 891 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button