Nasional

KPN jalani kuarantin 14 hari

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador akan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari mengikut nasihat yang diberikan Kementerian Kesihatan.

Ini susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif jangkitan Covid-19 dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Seremban.

Menurutnya, sebagai langkah berjaga-jaga, beliau juga melakukan ujian saringan pengesanan Covid-19 (ujian swab) dan ujian pengesanan telah disahkan negatif.

“Ya, saya akan menjalani kuarantin kendiri,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Petang tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan menberitahu beliau akan menjalani kuarantin kendiri di kediamannya selama 14 hari.

Ini selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri disahkan positif jangkitan COVID-19 hari ini.

Menteri yang menjaga hal ehwal agama itu turut hadir ketika Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 3 September lalu.

“Berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh KKM, mereka yang dikenalpasti kontak rapat semasa mesyuarat ini telah diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober 2020 dan dipakaikan gelang pengawasan.

“Ahli mesyuarat yang bukan merupakan kontak rapat pula dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari bermula 3 Oktober 2020 hingga 16 Oktober.

“Dan memantau status kesihatan kendiri di rumah setiap hari menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera,” kata Muhyiddin. -SM

(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button