Mahkamah

Pandu lawan arus, lelaki didakwa bunuh dua remaja

Seorang pegawai pemasaran pengangkutan yang memandu kenderaan secara melawan arus sehingga menyebabkan dua remaja terkorban di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan didakwa membunuh di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

K Devaaswin, 24, mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca terhadap beliau di hadapan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.

Mengikut pertuduhan, Devaaswin didakwa melakukan bunuh terhadap Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, dan Nur Afiqah Abdul Karim, 18, di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan arah Klang ke Kuala Lumpur pada jam 1.50 pagi, 12 September lalu.

Dalam kejadian itu, mereka maut di tempat kejadian apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus.

Media sebelum ini turut melaporkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pemandu pikap tersebut positif dadah jenis ganja -SM


(Visited 229 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button