Nasional

Covid-19 & MPN dialog Institut MASA-TSMY

ISU pandemik Covid-19 dan Majlis Pemulihan Negara (MPN) menjadi topik utama yang diberikan tumpuan pada sesi Ramah Mesra dan Dialog bersama warga Institut Masa Depan Malaysia (Institut MASA).

Kedua-dua topic tersebut dibincangkan bersama Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah, felo-felo kanan, felo serta kakitangan Insitut MASA.

Dalam perkongsian di laman sosial Facebooknya, Muhyiddin turut memaklumkan, berpeluang bertemu, berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan dilakukan termasuk banyak perkara lain.

“Saya menegaskan proses pemulihan ini mesti melibatkan segenap aspek kehidupan dan pembinaan negara termasuk perpaduan dan kebudayaan.

“Cabaran besar kita ialah bagaimana menjadikan fasa-fasa pemulihan ke hadapan lebih menyeluruh dan lebih cemerlang daripada sebelum ini” catat beliau.


Oleh itu, Pelan Pemulihan Negara (PPN) kata bekas perdana menteri ini perlu menyediakan strategi yang tuntas untuk negara bangkit kembali dari impak pandemik Covid-19.

Ujar beliau lagi, kebangkitan itu disulami dengan mengenal pasti sektor ekonomi yang paling memerlukan perhatian dan perlu dibantu untuk bangkit semula.

Merujuk kepada sektor atau industri yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, tegas Muhyiddin, dengan tumpuan kepada pelancongan, pendidikan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam tempoh jangka pendek dan sederhana, diharapkan sektor-sektor tersebut mampu bangkit semula.

“Kita sudah tentu tidak akan dapat kembali seperti dahulu tetapi apa yang sedang kita usahakan ini diharap menjadi lebih baik daripada sebelum pandemik.

“Saya juga mengucapkan tahniah kepada Institut MASA kerana berjaya menganjurkan majlis ini dan berharap institut ini dapat meneroka lebih banyak bidang penyelidikan dalam isu-isu yang melibatkan rakyat seperti kemiskinan, pendidikan dan pembinaan negara bangsa” kata beliau.

Untuk rekod, Institut MASA merupakan sebuah badan pemikir bebas yang ditubuhkan dengan fokus awal untuk merangka Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Institut MASA mempunyai 12 orang felo yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial dan pendidikan.

Hadir sama pada sesi Turut hadir pada sesi Ramah Mesra dan Dialog bersama warga Institut Masa Depan Malaysia (Institut MASA) hari ini ialah Datuk Dr Radzi Mohd Jidin, Menteri Kanan Pendidikan dan Tan Sri Sulaiman Mahbob yang kedua-duanya adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut MASA serta felo kanan antaranya Prof. Datuk Dr. Denison Jayasooria, Prof Datuk Seri Dr. Awang Sariyan dan Datuk Dr. Madeline Berma. – SM

 

(Visited 17 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button