Nasionalpilihan

Pandelela Rinong kini bergelar Datuk

Atlet sukan terjun negara,Pandelela Rinong dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Pandelela yang juga digelar Ratu Terjun Negara itu menerima gelaran tersebut sempena Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Pemenang pingat perak dan gangsa temasya sukan Olimpik berusia 28 itu antara 1,326 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena harijadi ke-85 Abdul Taib.

Selain Pandelela, turut menerima darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri. -SM

(Visited 565 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button