Politik

Pandangan Abdul Hadi bahawa UMNO mungkiri piagam MN tersasar – Tok Mat

Padangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang bawah Tan Sri UMNO telah memungkiri piagam Muafakat Nasional adalah tersasar.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,
UMNO tidak pernah mungkir terhadap piagam Muafakat Nasional.

Serentak itu, Mohamad mengingatkan Pas bahawa Muafakat Nasional tidak ditubuhkan dengan matlamat untuk menjadikan Bersatu sebagai sebahagian daripada gagasan itu.

“Malah salah satu sebab MN itu dibidani kelahirannya ialah untuk menentang PH. PPBM adalah komponen PH waktu itu.

“Justeru untuk memaksa UMNO menerima PPBM adalah bercanggahan dengan semangat sebenar MN itu diasaskan.


“Apalagi bila mengenangkan bagaimana PPBM bersekongkol dengan DAP dalam menentang UMNO dan menumbangkan Kerajaan pimpinan UMNO,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Abdul Hadi berkata, Pas menolak gagasan Muafakat Nasional (MN) kerana UMNO tidak mengikut piagam yang dipersetujui ketika kerjasama dua parti itu dibentuk.

Abdul Hadi berkata, berdasarkan piagam MN, dua parti itu sedia menerima parti-parti lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Abdul Hadi, namun malangnya apabila sampai peringkat pelaksanaan, kepimpinan UMNO hanya mahu parti itu dan Pas dalam MN.

Sementara itu Mohamad berkata, adalah satu kenyataan bahawa Muafakat Nasional harus memayungi semua orang Melayu.

Bagaimanapun menurutnya, sesiapa juga yang ingin dibawa masuk ke dalam gagasan itu mestilah serasi dengan kepentingan UMNO dan Pas.

Malah Piagam MN mesti ditafsirkan selari dengan realiti politik semasa UMNO dan Pas.

“Kerana itu UMNO tidak pernah mengajak PKR, Amanah, Putra ataupun Pejuang untuk menyertai MN, walaupun mereka juga sebahagian dari ummah yang berkepentingan. Jujurnya kerana UMNO tidak mahu menyinggung Pas.

“Pas dan seluruh Malaysia telah arif bahawa perwakilan dalam Perhimpunan Agong UMNO memutuskan bahawa, UMNO tidak akan melakukan apa jua kerjasama dengan Bersatu. UMNO terikat dengan pendirian ini.

“Jadi amatlah munasabah untuk realiti ini difahami dan diterima, sebelum Pas mencadangkan keanggotaan baru dalam MN,” tegasnya.

Mohamad turut menegaskan bahawa Piagam MN adalah persefahaman yang tidak mengikat dan MN bukan satu pertububah yang didaftarkan.

Ini kerana UMNO mahu orang Melayu melihatnya sebagai wadah untuk semua dan bukan instrumen politik untuk UMNO dan Pas semata-mata.

“Jadi janganlah dek kerana UMNO tidak mahu menerima PPBM, MN itu PAS tinggalkan. Kepentingan orang Melayu dan Islam itu jauh lebih besar dari kepentingan PPBM menyertai MN.

“Jadi, janganlah kita melakukan sesuatu yang akhirnya akan menjauhkan lagi orang Melayu daripada MN.

“Semoga Tan Sri Presiden PAS akan terus bersama UMNO dalam meneroka pelbagai dimensi baru dalam membangunkan keberdayaan bangsa Melayu, insha-Allah,” katanya.-SM

(Visited 113 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button